Friday, June 19, 2009

R-Alasan Bodoh

Aku hentikan kisah Bang Latip pada catatan ini. Jemu dan jelak juga rasanya. Biarlah aku tutup rapat-rapat supaya tidak terkeluar lagi bau-bau yang kurang enak.

Sewaktu pertemuan dengan Kak Nora tempoh hari, dia ada menunjukkan aku catatan-catatan Bang Latip yang ditujukan khas untuknya. Katanya untuk membuat aku lebih faham tentang situasi dan supaya aku tak marahkan Bang Latip.

Aku seperti biasa tak pernah memikirkan yang tidak baik, pasrah saja membaca satu persatu luahan hati Bang Latip tersebut. Memang pada mulanya aku membaca semuanya dengan tenang sampailah kepada beberapa catatannya yangterakhir. Benar-benar mengusik kalbuku. Mungkin itu niat asal mereka suami isteri. Walaupun sakit, tapi aku pasrahkan juga.

  • Pada catatan itu, Bang Latip merayu-rayu pada isterinya bahawa perbuatannya pada aku malam itu sekadar tindakan refleks.

Agaknya Bang Latip dah kehabisan kata-kata. Atau mungkin juga sebenarnya dia memang nak melakukan begitu tetapi disembunyikan dari isterinya. Manalah Kak Nora boleh tahu sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku.

Mungkin Kak Nora boleh berbangga dengan aku bahawa dia mempunyai naluri seorang isteri yang sangat kuat. Tapi pada aku, itu bukan naluri, yang Kak Nora lakukan. Itu adalah fitnah jiwa. Dia fikirkan yang bukan-bukan, dan aku sebagai mangsa untuk menutup kesalahan suaminya.

Wahai Bang Latip, ketahuilah dengan mengatakan perbuatanmu adalah tindakan refleks, menunjukkan bahawa aku yang menggoda kamu dan memulakan segalanya. SIALAN sekali lagi untuk kamu. Kamu tidak lupa apa yang berlaku malam itu, aku pasti.

Dan aku pasti juga Bang Latip akan mengingati seumur hidupnya apa yang dia telah lakukan padaku. Bukan apa yang dilakukan pada malam itu, tapi apa yang dilakukannya untuk memenangi semula hati isterinya. Bang Latip mengorbankan HATI aku.

Tapi, aku masih sedar siapa aku. Tak perlulah Bang Latip berusaha nak memulihkan hatiku ini. Walau nadaku sudah kembali biasa, tapi hatiku telah rabak Bang Latip carik-carikkan. Terima kasih untuk itu.

0 comments:

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster