Wednesday, July 1, 2009

Z-Terkenang Ibu

  • Hari ini, aku terkenang arwah ibuku. Puan Salmah binti Mansor. Ibu kesayanganku dunia akhirat. Tiada galang gantinya. Tiada tolok bandingnya.
  • Ibu, terlalu menyayangiku. Sehinggakan kini, 10 tahun berlalu sejak kematiannya, aku masih lagi teringat akan belaiannya. Ibu memang begitu. Walau aku sudah berkahwin, aku tetap meletakkan kepalaku di pangkuan ibu bila berpeluang.
  • Tapi aku sorokkan dari pandangan Fatimah. Pasti dia cemburu kalau terlihat.
  • Pengalaman waktu zaman persekolahan memang sentiasa menjelma di fikiranku. Bagaimana arwah ayah melibas aku dan bagaimana ibu menitiskan air mata menyapukan minyak pada kesan-kesan libasan.
  • Bagaimana ibu mengajarku dengan pesanan-pesanan yang dulunya satu pun aku tak faham, tapi waktu itu aku anggukkan saja kepalaku.
  • Bagaimana ibu menyelimutkan aku pada waktu malam kerana dia sangkakan aku sudah tertidur.
  • Hakikatnya aku memang menantikan saat itu. Indahnya....
  • Bergetar dadaku menahan sebak mengenangkan ibu......
  • .........

0 comments:

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster