Oh! Bukannya apa-apa. Bukan takut pada hantu, bukan juga pada makhluk lain. Binatang, serangga atau yang merayap, juga bukan. Aku takut mendengar cerita rakan-rakan. Rakan-rakan yang menjadi mangsa kekejaman suami dan ada yang lebih malang, belum jadi suami pun sudah berani angkat tangan.
Ketika aku masih lagi ligat membantu kakak saudaraku berniaga selepas SPM, seorang rakanku telah berkahwin. Sementelah dia sudah bercinta sejak dari tingkatan 1 lagi. Dan kisah rakanku ini sangat menakutkan aku.
Pada awal perkahwinan semuanya ok dan biasa-biasa saja. Setalah dikurniai seorang anak, dan keadaan ekonomi negara mula tidak stabil, satu persatu masalah timbul. Bermula dengan suaminya diberhentikan kerja.
Rakanku itu tiada sumber kewangan sehingga bila anaknya sakit pun dia terpaksa membuat ubat sendiri. Sudahnya sakit anak itu bertambah parah.
Bila suaminya mendapat kerja (kontrak selama 6 bulan), lain pulak jadinya. Berkenalan dengan anak dara gempal di kilng.
Hancur luluh hati kawanku itu. Bila dia bersemuka dengan gadis tersebut, katanya suami rakanku itu yang terlebih gatal. Kalau tanya pendapatku, tepuk sebelah tangan manakan berbunyi???
Bila rakanku bertanya pada suaminya, bukannya jawapan, tapi kaki dan tangan yang diberikan.
Sehingga sampai pada satu tahap, kawanku itu berkata "Aku hanya isterinya bila dia mahu lakukan itu saja". Terpana aku mendengar kata-katanya.
Dan apabila ekonomi semakin pulih, kedengaran semua baik-baik sahaja. Dan anak pun tambah lagi tiga. Hehe, itu sudah bagus!
Dan yang terbaru, salah seorang rakan baikku menjadi mangsa teman lelaki sendiri. Haih! Hairan aku. Belum apa-apa lagi dah singgah kaki dan tangan. Kalau sudah sah nanti bagaimana???
Memang sepatutnya aku tidak menggunakan perkataan kalau, tapi aku terpaksa. Mereka berkawan bukan main-main. Keluarga masing-masing sudah tahu dan hanya menanti saaat untuk disatukan.
Tetapi si jantan berlagak HERO. Pada perempuan lemah tak berdaya beranilah kau nak letak tangan? Pada aku kamu berani?
Memang aku juga tak gagah, tapi aku takkan berdiam, kau sakitkan aku sekali, aku sakitkan kau sepuluh kali!! Itu memang aku!
Ya! Aku seorang pendendam! Sebab itu awal lagi ibu berpesan pada suamiku dulu, dengan aku jangan sesekali berlaku silap, pastiku kenang selagi hayat!