Sunday, August 23, 2009

K-Takut & Dendam!


Oh! Bukannya apa-apa. Bukan takut pada hantu, bukan juga pada makhluk lain. Binatang, serangga atau yang merayap, juga bukan. Aku takut mendengar cerita rakan-rakan. Rakan-rakan yang menjadi mangsa kekejaman suami dan ada yang lebih malang, belum jadi suami pun sudah berani angkat tangan.
  • Ketika aku masih lagi ligat membantu kakak saudaraku berniaga selepas SPM, seorang rakanku telah berkahwin. Sementelah dia sudah bercinta sejak dari tingkatan 1 lagi. Dan kisah rakanku ini sangat menakutkan aku.
  • Pada awal perkahwinan semuanya ok dan biasa-biasa saja. Setalah dikurniai seorang anak, dan keadaan ekonomi negara mula tidak stabil, satu persatu masalah timbul. Bermula dengan suaminya diberhentikan kerja.
  • Rakanku itu tiada sumber kewangan sehingga bila anaknya sakit pun dia terpaksa membuat ubat sendiri. Sudahnya sakit anak itu bertambah parah.
  • Bila suaminya mendapat kerja (kontrak selama 6 bulan), lain pulak jadinya. Berkenalan dengan anak dara gempal di kilng.
  • Hancur luluh hati kawanku itu. Bila dia bersemuka dengan gadis tersebut, katanya suami rakanku itu yang terlebih gatal. Kalau tanya pendapatku, tepuk sebelah tangan manakan berbunyi???
  • Bila rakanku bertanya pada suaminya, bukannya jawapan, tapi kaki dan tangan yang diberikan.
  • Sehingga sampai pada satu tahap, kawanku itu berkata "Aku hanya isterinya bila dia mahu lakukan itu saja". Terpana aku mendengar kata-katanya.
  • Dan apabila ekonomi semakin pulih, kedengaran semua baik-baik sahaja. Dan anak pun tambah lagi tiga. Hehe, itu sudah bagus!

Dan yang terbaru, salah seorang rakan baikku menjadi mangsa teman lelaki sendiri. Haih! Hairan aku. Belum apa-apa lagi dah singgah kaki dan tangan. Kalau sudah sah nanti bagaimana???

  • Memang sepatutnya aku tidak menggunakan perkataan kalau, tapi aku terpaksa. Mereka berkawan bukan main-main. Keluarga masing-masing sudah tahu dan hanya menanti saaat untuk disatukan.

  • Tetapi si jantan berlagak HERO. Pada perempuan lemah tak berdaya beranilah kau nak letak tangan? Pada aku kamu berani?

  • Memang aku juga tak gagah, tapi aku takkan berdiam, kau sakitkan aku sekali, aku sakitkan kau sepuluh kali!! Itu memang aku!

  • Ya! Aku seorang pendendam! Sebab itu awal lagi ibu berpesan pada suamiku dulu, dengan aku jangan sesekali berlaku silap, pastiku kenang selagi hayat!

0 comments:

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster