Monday, October 26, 2009

R-Kerana mulut...

  • Aku pernah berkawan dengan seseorang yang usianya lebih kurang sebaya ayahku. Aku tahu dia sudah berkahwin dan punya anak yang besar-besar.
  • Heh! Silap susunan ayatku. Nanti kamu akan fikir anak-anaknya berbadan besar pula. Semula - dan punya anak-anak yang sudah dewasa.
  • Aku seperti orang biasa. Bila kita berkawan itu bukanlah bermaksud apa-apa. Dan perhubungan kami setakat di warung Kak Milah saja. Tidak lebih dari itu.
  • Bila bersembang apa-apa, sentiasa aku bertanyakan keluarganya. Agar dia tahu aku tidak pernah terlintas mahu menggugat kebahagiaannya.
  • Pada suatu hari sedang kami berbual, laju saja mulut aku melafazkan yang aku senang berkawan dengan orang yang berusia kerana mereka lebih matang dan punyai idea bernas.
  • Tambahan pula wajah dia iras seorang pakcik sebelah ibu. Berubah terus air mukanya.
  • Terus dia bertanya adakah selama ini aku menggangap dia seperti seorang pakcik.
  • Aku terkejut, tetapi sengaja aku menahan riak muka supaya tak berubah dan menjawab dengan selamba. "Kalau Azie anggap awak macam pakcik Azie, pasti dah lama awak Azie panggil pakcik! Azie anggap awak sebagai kawan Azie, percayalah!"
  • Selepas kejadian itu aku sedar bahawa dia sudah mula mengharapkan sesuatu.
  • Sebetulnya ucapanku itu tepat, tetapi dia orang berusia, pasti lebih sensitif hatinya.
  • Kerana mulutku, punah hubungan kami.
  • Tiada lagi kuterima kehadirannya dikala senggang.
  • Aku suka mendegar ceritanya. Aku suka bertanya pendapatnya. Aku suka ideanya. Hai keranalah muluuuuutttttt.....

A-Rindu...

  • Lama rasanya aku tidak menulis.
  • Bukan kerana aku tidak ada idea.
  • Tapi aku sibuk.
  • Seperti malam ini, aku sangat banyak kerja.
  • Semuanya tak dapat ku laksana.
  • Aku sedang cuba dan pasti akan berjaya sekiranya aku bersungguh-sungguh.
  • Doakan aku ya!

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster