tag:blogger.com,1999:blog-51247214074123948752024-03-14T00:48:15.487+08:00My WritingsAidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.comBlogger33125tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-27348853455177740142009-11-30T02:39:00.002+08:002009-11-30T02:56:29.518+08:00Rumah baru!
Silakan ke rumah baru My Writings!

Jemput ya, jangan malu-malu...

---> http://aidafidah-mywritings.blogspot.com/

Babai....
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-82575951341058211732009-10-26T23:45:00.002+08:002009-10-27T00:01:38.093+08:00R-Kerana mulut...

Aku pernah berkawan dengan seseorang yang usianya lebih kurang sebaya ayahku. Aku tahu dia sudah berkahwin dan punya anak yang besar-besar.

Heh! Silap susunan ayatku. Nanti kamu akan fikir anak-anaknya berbadan besar pula. Semula - dan punya anak-anak yang sudah dewasa.

Aku seperti orang biasa. Bila kita berkawan itu bukanlah bermaksud apa-apa. Dan perhubungan kami setakat di warung Kak Milah saja. Tidak lebih dari itu.

Bila bersembang apa-apa, sentiasa aku bertanyakan keluarganya. Agar dia tahu aku tidak pernah terlintas mahu menggugat kebahagiaannya.

Pada suatu hari sedang kami berbual, laju saja mulut aku melafazkan yang aku senang berkawan dengan orang yang berusia kerana mereka lebih matang dan punyai idea bernas.

Tambahan pula wajah dia iras seorang pakcik sebelah ibu. Berubah terus air mukanya.

Terus dia bertanya adakah selama ini aku menggangap dia seperti seorang pakcik.

Aku terkejut, tetapi sengaja aku menahan riak muka supaya tak berubah dan menjawab dengan selamba. "Kalau Azie anggap awak macam pakcik Azie, pasti dah lama awak Azie panggil pakcik! Azie anggap awak sebagai kawan Azie, percayalah!"

Selepas kejadian itu aku sedar bahawa dia sudah mula mengharapkan sesuatu.

Sebetulnya ucapanku itu tepat, tetapi dia orang berusia, pasti lebih sensitif hatinya.

Kerana mulutku, punah hubungan kami.

Tiada lagi kuterima kehadirannya dikala senggang.

Aku suka mendegar ceritanya. Aku suka bertanya pendapatnya. Aku suka ideanya. Hai keranalah muluuuuutttttt.....

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-66458585349348381122009-10-26T23:40:00.002+08:002009-10-26T23:43:13.429+08:00A-Rindu...

Lama rasanya aku tidak menulis.

Bukan kerana aku tidak ada idea.

Tapi aku sibuk.

Seperti malam ini, aku sangat banyak kerja.

Semuanya tak dapat ku laksana.

Aku sedang cuba dan pasti akan berjaya sekiranya aku bersungguh-sungguh.

Doakan aku ya!

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-47028966888814536272009-09-09T21:31:00.006+08:002009-09-09T21:56:26.638+08:00K-Poligami
Baru ku tahu. Bukan maksud poligami itu yang baru ku tahu. Tapi mengapa kebanyakan isteri menentang.

Selama aku berkahwin dengan suamiku, hari itu merupakan hari sejarah. Perbualan aku dengan Kak Azizah membuka mata aku luas-luas. Haha! Lucu pula bila diingatkan mengapa aku begitu naif?

Asalnya Kak Azizah mengadu suaminya membuat hubungan sulit dengan seorang wanita Indonesia. Mereka hampir hendak menikah tapi ditegahnya.

Katanya lagi kalau anak dara dia tak kisah. Ini janda.

~Sekadar gambar hiasan~

Aku dengan penuh naif bertanya "Kenapa Kak melarang mereka berkahwin?" Terus dijawab dengan penuh sinis, "Akak tak mahu la dik, entah dengan siapa perempuan tu dah 'campur', tiba-tiba nak 'campur' dengan suami akak pulak."

Terkedu aku mendengar perkataan campur tersebut.

Waktu aku bertanya sebelum itu, hatiku terdetik sama ada Kak Azizah ini tahu atau pun buat-buat lupa undang-undang Islam, yang nasib perempuan terbela sekiranya suami berpoligami. Bahawa poligami itu sunnah Nabi.

Selepas mendengar hujahnya aku pun terdiam. Sementelah pula kami di pejabat pernah dimomokkan dengan cerita cleaner yang berkahwin baru di Malaysia apabila suami pertamanya di Indonesia memberi "Ijin". Patutlah semakin gusar hati Kak Azizah.

Dan sejak itu aku sering terfikir, ada juga benarnya hujah Kak Azizah. Walau sebenarnya ada hikmah kenapa kita disuruh merisik, bertunang sebelum bernikah.

Semua itu supaya kita dapat berkenalan bukan sahaja dengan bakal pasangan kita, tetapi juga keluarganya. Sejarahnya, asal usulnya.

Sekian saja kali ini. Sampai jumpa lagi nanti.
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-61035374995751193162009-09-09T21:01:00.003+08:002009-09-09T21:26:43.090+08:00K-Sambungan
Ini sambungan kisah keterjalan insan bernama suami. Aku sudah lupa aku berjanjian episod tersebut ada sambungannya. Patutnya terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena.

Kutamatkan kisah itu pada entri ini. Bimbang aku lupa lagi. Aku melihat kakak2 iparku semuanya beruntung. Abang2ku tidak pernah membuat onar sepanjang kehamilan mereka.

Tetapi mendengar cerita orang, aku tetap menjadi takut. Bimbang juga suamiku berubah hati.

Cerita yang paling menyesakkan dadaku adalah ketika sarat mengandung, kena pulak malam raya, suami keluar bersama rakan2 untuk bermain snuker.

Snuker?? Apa itu???

Benci aku nak menyebutnya kerana melalaikan tanggungjawab manusia.

Walau sebenarnya salah itu pada manusia sendiri.

Aku sebenarnya tahu benar apa itu snuker. Abangku yang kedua rajin membawa aku bersama suatu ketika dahulu apabila dia mengunjungi tempat sebegitu.

Di situ juga tempatnya mesin judi yang dipanggil 'Kuda'.

Di situ juga terdapat pelbagai jenis permainan yang menghabiskan wang.

Di situ juga terdapat perempuan2 seksi. Yang jalang dan sundal juga disitu.

Aku sebenarnya sesak bila ke situ. Sana sini menghidu asap beracun.

Tapi kata abangku biar aku tahu sendiri, dan sekurang2nya aku bersamanya dan bukan orang lain.

Rakanku itu mengadu lagi. Katanya hatinya benar2 sayu mendengar takbir raya. Sekali sekala anak dalam rahimnya mengeras, kesakitan badannya tak dapat nak digmbarkan.

Apatah lagi tanpa kehadiran suami disisi.

Tambahan lagi ibu dan ayah jauh di kampung.

Menangis hiba rakanku itu sewaktu menghubungi aku melalui talian telefon.

Apa yang mampu aku lakukan?

Malam raya takkanpula aku nak meninggalkan keluarga apatah lagi suamiku?

Yang mampu aku katakan, bersabarlah! Jangan menangis.

Itulah kenangan malam raya pertama aku bersama suami tersayang. Puas aku adukan dan ceritakan dengan penuh hemah agar suamiku tidak terasa bahawa cerita itu aku tujukan untuknya.

Syukur dia memahami dan selama kami menjadi suami isteri ini, setiap malam raya, dia pasti bersama.
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-82273308749239272882009-08-29T08:05:00.005+08:002009-08-29T08:22:10.481+08:00K-Keterjalan Lelaki Bernama Suami

Bukan suamiku. Lagi pun aku belum pernah hamil. Sebab hal ini berlaku pada kebanyakan rakan serta orang-orang yang dekat denganku. Bila ada antara mereka yang hamil, pasti berubah tingkah dan laku suami mereka. Mula-mula aku bingung. Tapi tidak lagi kini. Ramai yang membicarakan tentang perihal wanita hamil, tetapi lebih ramai lagi yang lupa tentang sikap suami bila isteri mereka hamil. Berikut adalah pandangan serta pendapatku . Kalau setuju baguslah, nak tambah apa-apa dipersilakan. Kalau tak setuju nyatakan padaku mengapa ya.

Berubah tingkah - kalau sebelum ini peka pada kehendak, keinginan serta perasaan isteri, tetiba jadi PEKAK.

Perangai pelik - kalau sebelum ini tak pernah pergi memancing, bila isteri hamil tiba2 nak pergi memancing.

Degil - orang tua melarang dari memancing tapi masih pergi jua.

Tidak matang - masih lagi mementingkan kawan2 walau isteri sedang sarat dirumah. Bayangkan jika tiba2 isteri hendak bersalin semasa ketiadaan suaminya, bagaimana?

Ada lagi tu. Tapi aku perlu berhenti di sini. Nantikan saja episod seterusnya ya.
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-11205960506012364922009-08-23T04:13:00.004+08:002009-08-23T06:39:40.252+08:00K-Takut & Dendam!

Oh! Bukannya apa-apa. Bukan takut pada hantu, bukan juga pada makhluk lain. Binatang, serangga atau yang merayap, juga bukan. Aku takut mendengar cerita rakan-rakan. Rakan-rakan yang menjadi mangsa kekejaman suami dan ada yang lebih malang, belum jadi suami pun sudah berani angkat tangan.

Ketika aku masih lagi ligat membantu kakak saudaraku berniaga selepas SPM, seorang rakanku telah berkahwin. Sementelah dia sudah bercinta sejak dari tingkatan 1 lagi. Dan kisah rakanku ini sangat menakutkan aku.

Pada awal perkahwinan semuanya ok dan biasa-biasa saja. Setalah dikurniai seorang anak, dan keadaan ekonomi negara mula tidak stabil, satu persatu masalah timbul. Bermula dengan suaminya diberhentikan kerja.

Rakanku itu tiada sumber kewangan sehingga bila anaknya sakit pun dia terpaksa membuat ubat sendiri. Sudahnya sakit anak itu bertambah parah.

Bila suaminya mendapat kerja (kontrak selama 6 bulan), lain pulak jadinya. Berkenalan dengan anak dara gempal di kilng.

Hancur luluh hati kawanku itu. Bila dia bersemuka dengan gadis tersebut, katanya suami rakanku itu yang terlebih gatal. Kalau tanya pendapatku, tepuk sebelah tangan manakan berbunyi???

Bila rakanku bertanya pada suaminya, bukannya jawapan, tapi kaki dan tangan yang diberikan.

Sehingga sampai pada satu tahap, kawanku itu berkata "Aku hanya isterinya bila dia mahu lakukan itu saja". Terpana aku mendengar kata-katanya.

Dan apabila ekonomi semakin pulih, kedengaran semua baik-baik sahaja. Dan anak pun tambah lagi tiga. Hehe, itu sudah bagus!

Dan yang terbaru, salah seorang rakan baikku menjadi mangsa teman lelaki sendiri. Haih! Hairan aku. Belum apa-apa lagi dah singgah kaki dan tangan. Kalau sudah sah nanti bagaimana???

Memang sepatutnya aku tidak menggunakan perkataan kalau, tapi aku terpaksa. Mereka berkawan bukan main-main. Keluarga masing-masing sudah tahu dan hanya menanti saaat untuk disatukan.

Tetapi si jantan berlagak HERO. Pada perempuan lemah tak berdaya beranilah kau nak letak tangan? Pada aku kamu berani?

Memang aku juga tak gagah, tapi aku takkan berdiam, kau sakitkan aku sekali, aku sakitkan kau sepuluh kali!! Itu memang aku!

Ya! Aku seorang pendendam! Sebab itu awal lagi ibu berpesan pada suamiku dulu, dengan aku jangan sesekali berlaku silap, pastiku kenang selagi hayat!

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-80248662429811961692009-08-16T18:44:00.002+08:002009-08-16T18:46:44.704+08:00K-Aku di zaman remaja

Nakal tapi terkawal. Itulah Kaseh Salmah.

Aku bebas berbuat apa sesuka hatiku. Andai terjadi sesuatu dan aku bersalah, abang-abangku akan mendapat habuan kerana tidak menjagaku dengan baik.

Gembira.

Walau dalam hati amat kasihan ada mereka.

Sikap aku dulu membuat aku begini sekarang.

Kesepian, keseorangan.

Aku rindu pada ibu dan abah.....

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-46860886957976678852009-08-15T16:08:00.002+08:002009-08-15T16:20:28.788+08:00K-Pengenalan

Salam perkenalan. Namaku Kaseh Salmah. Umurku 27 tahun. Unik bukan namaku? apa pendapatmu? Kata ibu, kerana aku satu-satunya anak perempuan tunggal mereka.

Ibu menamakan aku Salmah dan ayah yang menambahkan Kaseh itu. Katanya lambang KASEH tak terhingga dari keluarga hanya untukku. Terima kasih untuk itu.

Abang-abangku empat semuanya. Abah berusia 55 tahun dan ibuku 45 tahun ketika melahirkanku. Abang Madi dah berkeluarga bila aku baru dilahirkan. Mujur belum punyai anak, kalau tidak aku akan sebaya anak buahku. Hihihi...

Tapi memang aku manja, hingga kini. Ibu dan abah dah lama tiada, aku sebenarnya terkontang-kanting walau aku ada suami dan kerjaya yang aku idam-idamkan.

Suamiku sendiri tak pernah berjumpa kedua orang tuaku. Hanya gambar usang yang boleh ditatap.

Suamiku biasa saja. Tapi kerjanya selalu membuatnya meninggalkan aku. Aku kebosanan. Aku kerinduan. Aku tak ketahuan.

Cukup untuk kali ini. Akan ada lagi episod untuk aku di sini. Sampai jumpa lagi.

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-70324770499700483282009-08-11T22:02:00.005+08:002009-08-12T00:43:42.089+08:00A-Doa
Aku dalam keadaan tak berapa stabil. Mungkin angkara PMS. Kali ini kucatatkan 2 doa yang berguna pada aku dan mungkin juga orang lain.

Doa Kasih Sayang /Pelembut Hati Suami/Isteri/Anak-anak

Surah Taha ayat 1-5 ;

Maksudnya : "Taha (Hai manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana."

Surah al-Syura ayat 19 ;

Maksudnya : "Allah itu lemah lembut terhadap hamba-hamba-Nya, diberikanNya rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia Maha Gagah lagi Maha Berkuasa."

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-66009074403073886192009-08-05T12:08:00.001+08:002009-08-09T17:45:35.623+08:00R-Hujan

Mengundang seribu rahmat yang tersembunyi dari pandangan.

Memberi minuman pada tumbuhan serta pokok-pokok yang kehausan.

Menyegarkan udara membersihkan nafas kita.

Tapi pada aku, hujan seperti tangisan hati ini. Cukup melegakan.

Aku lega jika menangis. Aku lega jika hari hujan.

Bagaikan tersembur keluar segala yang terkambus didadaku. Habis! Bersih!

Cuba lihat suasana selepas hujan. Sana sini segar dan sangat menyamankan.

Walau singkat catatanku kali ini, tapi entah mengapa hatiku puas.

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-86047771068035777422009-07-27T23:09:00.002+08:002009-07-27T23:25:48.984+08:00Z-Berbaloi..

Lama sudah kutunggu. Lama sudah kunanti. Akhirnya, Bang Seman setuju mengambil aku bekerja dibengkelnya. Buat permulaan katanya gajiku RM30 sehari. Sementara fikirku. Dan cukup banyak. Mungkin dia hendak melihat prestasiku. Tiada janji ke bintang atau ke jora. Tapi aku gembira.

Hari ini Sabtu, gaji pertamaku. Bang Seman memberi gaji minggu padaku. Gembira hatiku tiada walang. Dapatkah aku tunaikan permintaan Kak Long, katanya teringin benar nak makan sate ayam. Gaji pertama, biarlah aku menggembirakan insan-insan yang teramat kusayangi.

Untuk Fatimah isteriku pula, akan kubelikan dua helai kain batik. Lusuh benar yang ada sekarang. Tak pernah pula dia meminta. Tapi aku tahu kainnya selalu ditampal dan dijahit. Menangis aku didalam hati. Dia menjahit pada malam hari, bimbang aku ternampak lantas aku kan susah hati. Sebenarnya aku pura-pura tidur. Dan tingkahnya membuat aku berasa sayu. Hari ini, akan kupastikan kamu tersenyum!

Untuk tiga orang anak bujangku, akan kubelikan alat tulis idaman. Semua yang lama dah usang ketinggalan. Tercabut dan tertanggal dari cantuman. Hari ini ayah akan tunaikan!

KepadaMu Tuhan, aku memohon, Kau sihatkanlah tubuh badanku, agarku dapat berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk keluargaku. Berilah rahmatMu dalam setiap pekerjaanku, keampunanMu atas segala dosaku, hidayahMu atas segala kesesatanku dan keberkatanMu dalam setiap rezekiku.

Balik dari Pekan Hari, kulihat, dari kejauhan, isteri dan empat anakku setia menunggu. Melambai-lambai menyambut ketibaanku. Damainya hati, berbaloinya penat lelahku bila kepulanganku disambut.... SYUKUR......

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-60425242023983341982009-07-25T16:03:00.007+08:002009-07-25T16:33:55.847+08:00A-Tinggalkan Sedikit Benci!
Ketika aku masih di alam persekolahan, aku selalu mendengar orang lain mengungkapkan

"Kalau kita menyayangi seseorang, tinggalkan sedikit benci."

Begitu juga sebaliknya,

"Kalau kita membenci seseorang, tinggalkan sedikit sayang."

Tipikal, biasa. Pada waktu itu yang aku dapat, supaya bila kita terlalu menyintai tanpa ada sedikit benci, hati kita akan mudah hancur dengan perbuatan si dia. Dan kalau kita terlalu membenci, manalah tahu orang itu memang tertulis jodoh kita, haruskah kita membenci lagi??

Biarlah aku kisahkan kisah aku sebagai panduan untuk korang. Bukan nak suruh korang cari point nak kutuk aku, sekadar panduan.

Aku dan suami bermula sebagai pasangan yang dibenci rakan2. Sebab masing dah berpunya dan menunggu masa nak melangsungkan saja. Tapi, itulah aku katakan jodoh, bukanlah kita ni berkuasa nak menghalangnya.

Dan kehidupan bersama dengan 'orang baru' ni memang susah. Sementelah pula dia dari keluarga yang cukup asing buat aku. Adik beradik yang satu mak, satu ayah pun boleh bergaduh, ini pulak dengan 'orang'.

Then, I have been expected he is perfect. Tapi macam yang korang tau tak semua orang sempurna. Ada juga turun naik, pasang surutnya. And lately, I noticed that everyday I hate him for some of the things he did.

Not to mention what are those things, but hating is just a key for me to learn more about him. And of course I love him so much.

So, what about u? Are u dare to hate him/her?

Think about it!
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-25420418496990636542009-07-19T20:59:00.002+08:002009-07-19T21:24:05.017+08:00R-Cinta itu Sakit

Caranya jatuh cinta: jatuh tapi jangan terhuyung-huyung, konsisten tapi jangan memaksa, berbagi dan jangan bersikap tidak adil, mengerti dan cobalah untuk tidak banyak menuntut, sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu.

Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahwa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.

Kalau dia tidak “worth it” sekarang, dia tidak akan pernah “worth it” setahun lagi ataupun 10 tahun lagi. Jadi, biarkan dia pergi……. :) AMIN

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-69064389450092817532009-07-01T13:00:00.002+08:002009-07-01T13:09:36.257+08:00Z-Terkenang Ibu

Hari ini, aku terkenang arwah ibuku. Puan Salmah binti Mansor. Ibu kesayanganku dunia akhirat. Tiada galang gantinya. Tiada tolok bandingnya.

Ibu, terlalu menyayangiku. Sehinggakan kini, 10 tahun berlalu sejak kematiannya, aku masih lagi teringat akan belaiannya. Ibu memang begitu. Walau aku sudah berkahwin, aku tetap meletakkan kepalaku di pangkuan ibu bila berpeluang.

Tapi aku sorokkan dari pandangan Fatimah. Pasti dia cemburu kalau terlihat.

Pengalaman waktu zaman persekolahan memang sentiasa menjelma di fikiranku. Bagaimana arwah ayah melibas aku dan bagaimana ibu menitiskan air mata menyapukan minyak pada kesan-kesan libasan.

Bagaimana ibu mengajarku dengan pesanan-pesanan yang dulunya satu pun aku tak faham, tapi waktu itu aku anggukkan saja kepalaku.

Bagaimana ibu menyelimutkan aku pada waktu malam kerana dia sangkakan aku sudah tertidur.

Hakikatnya aku memang menantikan saat itu. Indahnya....

Bergetar dadaku menahan sebak mengenangkan ibu......

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-17340136745461363132009-06-19T17:56:00.002+08:002009-06-19T18:18:49.014+08:00R-Alasan Bodoh
Aku hentikan kisah Bang Latip pada catatan ini. Jemu dan jelak juga rasanya. Biarlah aku tutup rapat-rapat supaya tidak terkeluar lagi bau-bau yang kurang enak.

Sewaktu pertemuan dengan Kak Nora tempoh hari, dia ada menunjukkan aku catatan-catatan Bang Latip yang ditujukan khas untuknya. Katanya untuk membuat aku lebih faham tentang situasi dan supaya aku tak marahkan Bang Latip.

Aku seperti biasa tak pernah memikirkan yang tidak baik, pasrah saja membaca satu persatu luahan hati Bang Latip tersebut. Memang pada mulanya aku membaca semuanya dengan tenang sampailah kepada beberapa catatannya yangterakhir. Benar-benar mengusik kalbuku. Mungkin itu niat asal mereka suami isteri. Walaupun sakit, tapi aku pasrahkan juga.

Pada catatan itu, Bang Latip merayu-rayu pada isterinya bahawa perbuatannya pada aku malam itu sekadar tindakan refleks.

Agaknya Bang Latip dah kehabisan kata-kata. Atau mungkin juga sebenarnya dia memang nak melakukan begitu tetapi disembunyikan dari isterinya. Manalah Kak Nora boleh tahu sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku.

Mungkin Kak Nora boleh berbangga dengan aku bahawa dia mempunyai naluri seorang isteri yang sangat kuat. Tapi pada aku, itu bukan naluri, yang Kak Nora lakukan. Itu adalah fitnah jiwa. Dia fikirkan yang bukan-bukan, dan aku sebagai mangsa untuk menutup kesalahan suaminya.

Wahai Bang Latip, ketahuilah dengan mengatakan perbuatanmu adalah tindakan refleks, menunjukkan bahawa aku yang menggoda kamu dan memulakan segalanya. SIALAN sekali lagi untuk kamu. Kamu tidak lupa apa yang berlaku malam itu, aku pasti.

Dan aku pasti juga Bang Latip akan mengingati seumur hidupnya apa yang dia telah lakukan padaku. Bukan apa yang dilakukan pada malam itu, tapi apa yang dilakukannya untuk memenangi semula hati isterinya. Bang Latip mengorbankan HATI aku.

Tapi, aku masih sedar siapa aku. Tak perlulah Bang Latip berusaha nak memulihkan hatiku ini. Walau nadaku sudah kembali biasa, tapi hatiku telah rabak Bang Latip carik-carikkan. Terima kasih untuk itu.

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-4246875647013007582009-06-18T17:15:00.005+08:002009-06-18T19:41:41.441+08:00R-Kekuatan Aku Part II
Sebelum pertemuan aku dengan Kak Nora tempoh hari, Bang Latip meminta bantuanku untuk menyelamatkan rumah tangganya. Rumah tangga yang dah terbina bertahun-tahun lamanya. Aku pasrah. Ku cuba yang terbaik. Walau pun waktu itu begitu utuh perasaanku pada Bang Latip, aku merelakan untuk diriku mendera hati.

Kata Kak Nora, Bang Latip dah membuat pengakuan dan menceritakan semua. Aku seperti ingin bertanya, Mengaku apa? Menceritakan apa? Bingung aku seketika! Terus aku didesak Kak Nora! Dan aku berasa sungguh sesak!

Marilah aku ceritakan apa yang terjadi pada malam ajaib itu. Bang Latip menungguku menyiapkan tugasanku menutup dan memastikan Warung Kak Milah dalam keadaan selamat pada satu malam. Kami berjalan beriringan. Sambil mataku seperti biasa merenung taburan bintang di dada langit.

Itu memang kebiasaanku. Kalau Bang Latip tiada pun memang aku begitu. Dah kebetulan ada orang disisiku, tambahan pula orang yang aku sayang (ketika itu aku belum tahu Bang Latip sebenarnya dah beristeri), aku suarakan pada Bang Latip betapa ku suka merenung bintang-bintang itu.

Kata Bang Latip, aku kesunyian. Dan dia sedia menjadi penemanku. Betapa lapangnya dadaku mendengar bicara Bang Latip waktu itu. Bang Latip memaut tanganku dan kami berpegangan tangan. Erat. Rapat. Padat.

Hembusan angin malam yang dingin membawa Bang Latip merapatkan wajahnya ke mukaku. Aku panik. Sebentar tadi aku khayal, tiba-tiba aku tersedar. Aku mengelak dengan lembut. Supaya tidak terluka hati Bang Latip. Dan Bang Latip tidak putus asa. Katanya haruman tubuhku menggodanya. Aku menolak lagi. Dan masih lagi lembut. Walau dalam hatiku dilanda gelora badai perasaan.

Dalam kegelisahan hati, aku berjaya mengelak dengan memusingkan tubuhku kekiri dan kekanan. Walau pun takut, aku amat menyayangi Bang Latip. 2 kali, dia berjaya membenamkan hidungnya di pipiku. Dan berjaya juga sekali lagi sebelum aku sampai ke rumah.

Memang indah perasaan itu, tapi aku sesungguhnya takut! Takut aku tak mampu nak membuang perasaan itu. Seperti sekarang ini... Oh! Bang Latip!

Kuceritakan semula kejadian itu pada Kak Nora. Tapi tidak seperti yang kuceritakan pada kamu semua. Kak Nora masih mahu aku mengaku bahawa kami telah berciuman! Permintaan apakah itu? Padaku berciuman adalah satu perlakuan yang melibatkan keinginan dan kehendak antara dua pihak. Dan pada aku berciuman menggunakan bibir!

Gila! Gila aku jadinya dengan permintaan Kak Nora! Macam mana aku nak mengaku! Aku tak buat! Dan paling menyedihkan, bila tiba saat itu, Bang Latip pula menyoal tindakanku. Kenapa aku lambat buat keputusan untuk beritahu kebenaran?

SIALAN kamu! Aku sayangkan kamu dan cuba nak membantu kamu menyelamatkan rumah tangga kamu tapi kamu langsung tak boleh nak menghormati HAK aku. Bagi aku perkara itu terlalu peribadi dan pengalaman aku yang PERTAMA dan boleh kukatakan yang TERINDAH!

Tiga kali aku menjadi tunangan orang, tapi perhubungan singkat antara aku dan Bang Latip paling memberi kesan. Aku benar-benar jatuh cinta. Hatiku benar-benar LUKA. Sampai hati Bang Latip!

Ku pujuk hati. Tak usah sayu. Alangkah indah sekiranya perasaan cinta dan kasih yang bertapak dihati ini semudah membuang sampah! Tak perlulah aku menanggung penderitaan ini. Kepada Bang Latip dengarlah bingkisan dari hatiku ini~

Terima kasih di atas segala keindahan , pesona cinta dan kehangatan yang abang berikan pada Azie. Azie terlalu sayangkan abang waktu itu dan sebenarnya waktu ini juga. Tapi Azie sudah dapat membendung keinginan dan kehendak hati Azie. Azie tahu siapa Azie. Azie sedar siapa Azie. Dan maafkan Azie diatas segala keterlanjuran kata atau andai ada tingkah Azie yang mengguris hati abang atau isteri abang. Terima kasih kerana abang telah menyayangi dan sekaligus menyakiti hati Azie yang BODOH ni...... Salam sayang buat kekasih yang tak kesampaian cintaku......

Dan akhirnya aku gagal lagi.
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-91743154466627109592009-06-18T08:26:00.002+08:002009-06-18T08:49:25.492+08:00R-Kekuatan Aku
Biarlah hari ini aku ceritakan bagaimana isteri Bang Latip menghubungiku pada suatu hari lantas mengingatkan aku tentang betapa 'berdosa'nya aku kerana telah membuat hubungan dengan Bang Latip. Walau bagiku, hubungan kami memang tidak pernah melewati batas-batas seorang kawan apatah lagi batasan agama.

Aku tak mahu membuat sebarang pernyataan tanpa bertentang mata dengan Kak Nora. Lain jadinya sekiranya berbicara tanpa bersua muka. Jadi pertemuan ditetapkan hari dan waktunya. Dan akhirnya kami bertemu. Kak Nora sungguh mulus orangnya. Wajahnya punya satu tarikan yang pada aku jarang ada pada wanita lain.

Kasar saja nada suara Kak Nora di awal bicara kami. Dan aku merasakan seolah-olah aku tidak berperasaan. Meng'iya' pun bukan me'nidak' pun bukan. Anggukan dan senyuman kelat saja yang ada. Kak Nora berkeras nak mendengar jawapan yang dia inginkan. Aku tau tu. Walau pada awalnya dia minta aku berterus terang.

Dan pada aku apalah gunanya aku menipu. Aku tak mendapat sebarang keuntungan pun. Malah, masa aku lagi terbuang dek kerana perjumpaan ini.....

:- Maaflah, cerita ini akan kusambung kemudian.

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-37625193754338611092009-06-16T13:09:00.002+08:002009-06-16T13:16:55.801+08:00Z-Cabaran Untuk Aku!
Terduduk aku mendengar bicara taukeku.

Aku diberhentikan!

Bagaimana aku nak menyuap anak dan isteriku makan?

Bingung, aku bingung!

Tidak ku salahkan Tauke kerana memberhentikan aku tapi......

Argh!!!! Aku tak punya pelajaran.

SPM sekadar SAP.

Kemahiran lain adalah aku bekerja di bengkel kereta, tapi aku tak punya sijil, gajiku terlalu kecil.

Aku terpaksa berhenti.

Ya, aku mahir bercucuk tanam, tapi mana ada tempat yang inginkan tukang kebun lagi kini? Perjalanan dari tapak projek itu terasa teramat jauh.

Aku melangkah lambat-lambat sambil memikirkan perkataan dan ayat yang sesuai untuk kuluahkan pada isteri kesayanganku nanti.

Aku pasti dia terkejut!

Maafkan abang!

Abang tak akan biarkan keluarga abang menderita.

Selagi ada kudrat, abang akan sentiasa mencuba memperbaiki kehidupan kita!

Doakan kejayaan abang wahai isteriku yang tersayang!
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-86131044959837019922009-06-13T20:05:00.004+08:002009-06-13T20:15:15.410+08:00R-Aku & Suami Orang

Bukan niatku sebenarnya.

Sungguh aku tidak tahu Abang Latip sudah berkeluarga.

Mujurlah perhubungan kami tidak terlalu rapat.

Jadi sedikit demi sedikit dapat kusingkirkan Bang Latip dari hatiku ini.

Bang Latip memang mengambil berat tentang aku.

Yang paling menggoncangkan imanku adalah matanya.

Bila isteri Bang Latip datang berjumpaku dengan penuh berhemah, aku dapat menerimanya, walau hakikatnya hatiku teramat menyayanginya.

Mungkin kerana dia sudah berpengalaman, jadi mudah saja hatiku ini terpaut padanya.

Aduh! Terluka hatiku ini bila membicarkan hal Bang Latip!

Sudahlah!

Aku nak melayan hatiku ini.

Jumpa Lagi!
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-11161275240764950902009-05-15T16:08:00.001+08:002009-05-15T16:08:37.653+08:00Undergoing MyBlogLog VerificationAidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-8805079330497288562009-04-29T05:17:00.005+08:002009-06-13T19:59:24.185+08:00R-Hariku yang biasa saja...
Sudah bebrapa lama tidakku catatkan kisahku. Bermakna hidupku cuma seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang menarik. Sehinggalah semalam aku telah berhadapan dengan satu keluarga yang amat menyeksa mindaku.

Begini kisahnya. Pasangan suami isteri hadir ke Warung Kak Milah membawa tiga orang anak mereka yang tidak terlalu kecil. Sebenarnya aku kenal mereka ini, pernah berjiran dengan keluargaku. Kalau tak silap aku, suaminya bernama Nasir dan isterinya bernama Ramlah.

Walau pun aku kenal mereka, tetapi mereka sudah lupa tentang aku. Mungkin kerana kehadiran aku tidak pernah memberi kesan dalam hidup mereka. Tapi tidak dengan aku. Walau pun mereka cuma 3 bulan menduduki rumah sewa berdekatan dengan rumahku, tapi kebisingan terlampau telah menguatkan memoriku terhadap mereka.

Ya, anak mereka bising terlampau. Anak mereka tidak terkawal. Aku tak pasti pendekatan apa yang mereka gunakan. Yang aku pasti mereka hanya menmgiyakan tindak tanduk anak-anak mereka. Mana mungkin peribadi mulia dapat dibentuk sekiranya kaedah diguna pakai sedemikan rupa?

Tingkah anak-anak mereka di warung amat merunsingkan hatiku. Bukan kerana apa, Kak Milah tidak sihat dan mengamanahkan aku mengatur perjalanan warungnya seperti biasa. Dengan kehadiran mereka ini, sedikit sebanyak terganggu juga rentak warung Kak Milah ini....

Tidak pulak kulihat Nasir atau Ramlah (yang aku tahu jauh lebih muda berbanding aku), menegur tingkah anak-anak mereka.

Seorang mengeluarkan air minuman kotak dan tin dari peti penyejuk lalu disusunnya. Tinggi melayut! Seorang lagi memicit-micit bungkusan kerepek sehingga hancur ku lihat kerepek kiriman Tok Lang Timah. Seorang lagi yang paling merunsingkan, bermain air di sinki hingga melimpah penuh air di lantai.

Aku jadi bingung. Kenapa Nasir dan Ramlah seperti membutakan mata mereka? Atau kerana memang mereka sudah tidak mampu lagi mengawal tingkah anak-anak mereka?

Pada pendapat aku, anak, selagi masih di bawah tanggungan kita, kita masih mampu mencorak mereka. Jika lurus corak kita, luruslah mereka. Kita mendidik anak, bukan anak mengajar kita. Pandai pulak aku memberi pendapat.

Maaflah, kalau kamu semua kurang yakin dengan aku kerana status aku. Tapi, aku cuma memberikan pendapat, mengikut cara aku dibesarkan oleh orang tuaku. Tidak salahkan???

Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-34171001399448056242009-04-06T13:57:00.003+08:002009-06-13T19:59:42.275+08:00Z-Mayat di dalam stor!Mengejutkan! Memang mengejutkan.
Yang terjumpa dengan mayat itu pula adalah aku bersama sahabatku Aliman. Mayat lelaki itu tergantung. Lidahnya terjelir panjang. Ngeri!
Terus aku melaporkan pada pengurus, dan beliau seterusnya melaporkan pada pihak polis.
Langsung kami tidak bekerja pada hari tersebut. Semuanya disoal siasat Pak Polisi.
Mengeluh aku memikirkan bahawa kami tidak mendapat gaji hari itu. Tidak bekerja maka tiada gaji.
Tidak perlu aku mengeluh. Akan ku usahakan cara lain. Akan kupastikan aku akan mendapat wang yang sepatutnya untuk hari itu. Tapi bagaimana?
Lantas aku teringatkan pesan majikan pada pagi semalamnya untuk pergi mengambil suratkhabar lama, kotak-kotak terpakai, beserta banyak lagi barangan yang boleh ku jual.
Laju saja kakiku melangkah ke arah rumah majikanku pada petang harinya. Harapanku agar barangan yang beliau sebutkan itu masih dalam keadaan baik. Mudahlah untuk aku menjual kemudian nanti.
Lega hatiku melihat majikanku ada di luar rumahnya. Betul-betul dia berdiri di bawah bangsal. Sambil melipat kanvas yang digunakan meliputi barangan terpakainya.
Tersenyum dia melihat kehadiran aku di situ. "Wa, sudah agak! Lu misti mali ini hali", katanya dalam pelat yang aku memang tak suka! Aku benci! Duduk di Malaysia sepanjang hayatnya, tapi masih tidak fasih!
Terus ku susun barangan terpakai di dalam bakul besar.
~Cerita ini bersambung kemudian yer....Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-17651008401528797022009-03-29T03:32:00.003+08:002009-06-13T19:59:59.925+08:00R-Salahkan Tuhan!
Pagi tadi, ada seorang pelanggan baru hadir di warung Kak Milah. Mungkin pegawai mana-mana Jabatan Kerajaan bisik hati kecilku....

Seperti biasa aku mengambil pesanan, bila dia hanya memesan minuman, aku dengan penuh santun bertanyakan sama ada beliau ingin menjamah sesuatu?

Tiba-tiba soalanku dijawab dengan soalan. Aku terpana seketika! Perlukah aku memberi tahu apakah soalannya?

Ya! Amat perlu. Jika tidak, aku akan menghampakan kamu. Aku tahu itu.

Soalannya...."Kenapa muka awak macam nak marah saya?" *#wtf`* Aku sudah pun mengukir senyuman.... lantaran itu apakah lagi yang diharapkan??

Perlukah aku mengubah rupaku seperti Catherine Zeta Jones???? Kalau kamu bertanyakan aku seperti itu, sama ertinya padaku bahawa kamu menyalahkan Tuhan kerana melahirkan aku dengan wajah ini....

Aku tidak benci pada pelanggan baru itu, tapi hati kecilku terusik!
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5124721407412394875.post-13093884737610151152009-03-20T18:46:00.003+08:002009-06-13T20:00:24.268+08:00Z-Anakku Sakit!
Terkejut aku mendapat perkhabaran dari majikan bahawa isteriku, Fatimah menelefon. Katanya lagi Kak Long demam panas.

Aku memang akur dari petang semalam lagi Kak Long sudah tidak berdaya. Kufikirkan demam biasa.

Terus aku pulang ke rumah. Melihat Kak Long lemah longlai tidak berdaya, hatiku gundah. Kata Fatimah, belum sebutir nasi pun yang dijamah Kak Long. Hatiku gundah lagi. Aku perlu membawa Kak Long ke klinik. Ku arahkan Fatimah menyiapkan anak sulungku itu. Mujurlah ada sebuah klinik di kampungku. Itu pun dihujung kampung.

1 jam masa ku ambil untuk sampai ke klinik. Aku mendukung Kak Long. Nak dibawa naik basikal, aku bimbang akan sampai ke klinik berseorangan pulak nanti.

Saat itu, tenaga yang lelah tidak kuhiraukan lagi. Yang membuat aku gundah adalah baki wang dalam dompetku hanya RM20. Pusing aku memikirkan. Bagaimana jika kosnya nanti lebih dari itu? Walau aku tahu nyawa anakku lebih bernilai.... aku tak mampu untuk tidak berfikir tentang kemungkinan itu.

Setelah diperiksa, doktor menyatakan anakku itu demam biasa. Lega hatiku mendengarkannya. Doktor memberi suntikan agar demamnya cepat kebah.

Dan momen selepas itu amat memedihkan untuk aku terima. Jumlah yang harus ku bayar RM30. Bingung aku sebentar. Tebal mukaku menghadap pembantu klinik itu. Aku meminta dia simpankan dahulu ubatan yang dibekalkan. Aku memberi RM20 kepadanya. Kataku akan datang kemudian dengan baki duit.

Nah! Itulah padahnya menjadi orang tak berduit!
Aidafidahhttp://www.blogger.com/profile/10950894852548293554noreply@blogger.com0