Thursday, June 18, 2009

R-Kekuatan Aku Part II

Sebelum pertemuan aku dengan Kak Nora tempoh hari, Bang Latip meminta bantuanku untuk menyelamatkan rumah tangganya. Rumah tangga yang dah terbina bertahun-tahun lamanya. Aku pasrah. Ku cuba yang terbaik. Walau pun waktu itu begitu utuh perasaanku pada Bang Latip, aku merelakan untuk diriku mendera hati.
Kata Kak Nora, Bang Latip dah membuat pengakuan dan menceritakan semua. Aku seperti ingin bertanya, Mengaku apa? Menceritakan apa? Bingung aku seketika! Terus aku didesak Kak Nora! Dan aku berasa sungguh sesak!
  • Marilah aku ceritakan apa yang terjadi pada malam ajaib itu. Bang Latip menungguku menyiapkan tugasanku menutup dan memastikan Warung Kak Milah dalam keadaan selamat pada satu malam. Kami berjalan beriringan. Sambil mataku seperti biasa merenung taburan bintang di dada langit.
  • Itu memang kebiasaanku. Kalau Bang Latip tiada pun memang aku begitu. Dah kebetulan ada orang disisiku, tambahan pula orang yang aku sayang (ketika itu aku belum tahu Bang Latip sebenarnya dah beristeri), aku suarakan pada Bang Latip betapa ku suka merenung bintang-bintang itu.
  • Kata Bang Latip, aku kesunyian. Dan dia sedia menjadi penemanku. Betapa lapangnya dadaku mendengar bicara Bang Latip waktu itu. Bang Latip memaut tanganku dan kami berpegangan tangan. Erat. Rapat. Padat.
  • Hembusan angin malam yang dingin membawa Bang Latip merapatkan wajahnya ke mukaku. Aku panik. Sebentar tadi aku khayal, tiba-tiba aku tersedar. Aku mengelak dengan lembut. Supaya tidak terluka hati Bang Latip. Dan Bang Latip tidak putus asa. Katanya haruman tubuhku menggodanya. Aku menolak lagi. Dan masih lagi lembut. Walau dalam hatiku dilanda gelora badai perasaan.
  • Dalam kegelisahan hati, aku berjaya mengelak dengan memusingkan tubuhku kekiri dan kekanan. Walau pun takut, aku amat menyayangi Bang Latip. 2 kali, dia berjaya membenamkan hidungnya di pipiku. Dan berjaya juga sekali lagi sebelum aku sampai ke rumah.
  • Memang indah perasaan itu, tapi aku sesungguhnya takut! Takut aku tak mampu nak membuang perasaan itu. Seperti sekarang ini... Oh! Bang Latip!

Kuceritakan semula kejadian itu pada Kak Nora. Tapi tidak seperti yang kuceritakan pada kamu semua. Kak Nora masih mahu aku mengaku bahawa kami telah berciuman! Permintaan apakah itu? Padaku berciuman adalah satu perlakuan yang melibatkan keinginan dan kehendak antara dua pihak. Dan pada aku berciuman menggunakan bibir!

Gila! Gila aku jadinya dengan permintaan Kak Nora! Macam mana aku nak mengaku! Aku tak buat! Dan paling menyedihkan, bila tiba saat itu, Bang Latip pula menyoal tindakanku. Kenapa aku lambat buat keputusan untuk beritahu kebenaran?

SIALAN kamu! Aku sayangkan kamu dan cuba nak membantu kamu menyelamatkan rumah tangga kamu tapi kamu langsung tak boleh nak menghormati HAK aku. Bagi aku perkara itu terlalu peribadi dan pengalaman aku yang PERTAMA dan boleh kukatakan yang TERINDAH!

Tiga kali aku menjadi tunangan orang, tapi perhubungan singkat antara aku dan Bang Latip paling memberi kesan. Aku benar-benar jatuh cinta. Hatiku benar-benar LUKA. Sampai hati Bang Latip!

Ku pujuk hati. Tak usah sayu. Alangkah indah sekiranya perasaan cinta dan kasih yang bertapak dihati ini semudah membuang sampah! Tak perlulah aku menanggung penderitaan ini. Kepada Bang Latip dengarlah bingkisan dari hatiku ini~

Terima kasih di atas segala keindahan , pesona cinta dan kehangatan yang abang berikan pada Azie. Azie terlalu sayangkan abang waktu itu dan sebenarnya waktu ini juga. Tapi Azie sudah dapat membendung keinginan dan kehendak hati Azie. Azie tahu siapa Azie. Azie sedar siapa Azie. Dan maafkan Azie diatas segala keterlanjuran kata atau andai ada tingkah Azie yang mengguris hati abang atau isteri abang. Terima kasih kerana abang telah menyayangi dan sekaligus menyakiti hati Azie yang BODOH ni...... Salam sayang buat kekasih yang tak kesampaian cintaku......

Dan akhirnya aku gagal lagi.

0 comments:

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster