Wednesday, September 9, 2009

K-Poligami

Baru ku tahu. Bukan maksud poligami itu yang baru ku tahu. Tapi mengapa kebanyakan isteri menentang.
Selama aku berkahwin dengan suamiku, hari itu merupakan hari sejarah. Perbualan aku dengan Kak Azizah membuka mata aku luas-luas. Haha! Lucu pula bila diingatkan mengapa aku begitu naif?
Asalnya Kak Azizah mengadu suaminya membuat hubungan sulit dengan seorang wanita Indonesia. Mereka hampir hendak menikah tapi ditegahnya.
Katanya lagi kalau anak dara dia tak kisah. Ini janda.
~Sekadar gambar hiasan~
Aku dengan penuh naif bertanya "Kenapa Kak melarang mereka berkahwin?" Terus dijawab dengan penuh sinis, "Akak tak mahu la dik, entah dengan siapa perempuan tu dah 'campur', tiba-tiba nak 'campur' dengan suami akak pulak."
Terkedu aku mendengar perkataan campur tersebut.
Waktu aku bertanya sebelum itu, hatiku terdetik sama ada Kak Azizah ini tahu atau pun buat-buat lupa undang-undang Islam, yang nasib perempuan terbela sekiranya suami berpoligami. Bahawa poligami itu sunnah Nabi.
Selepas mendengar hujahnya aku pun terdiam. Sementelah pula kami di pejabat pernah dimomokkan dengan cerita cleaner yang berkahwin baru di Malaysia apabila suami pertamanya di Indonesia memberi "Ijin". Patutlah semakin gusar hati Kak Azizah.
Dan sejak itu aku sering terfikir, ada juga benarnya hujah Kak Azizah. Walau sebenarnya ada hikmah kenapa kita disuruh merisik, bertunang sebelum bernikah.
Semua itu supaya kita dapat berkenalan bukan sahaja dengan bakal pasangan kita, tetapi juga keluarganya. Sejarahnya, asal usulnya.
Sekian saja kali ini. Sampai jumpa lagi nanti.

0 comments:

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster