Friday, June 19, 2009

R-Alasan Bodoh

Aku hentikan kisah Bang Latip pada catatan ini. Jemu dan jelak juga rasanya. Biarlah aku tutup rapat-rapat supaya tidak terkeluar lagi bau-bau yang kurang enak.

Sewaktu pertemuan dengan Kak Nora tempoh hari, dia ada menunjukkan aku catatan-catatan Bang Latip yang ditujukan khas untuknya. Katanya untuk membuat aku lebih faham tentang situasi dan supaya aku tak marahkan Bang Latip.

Aku seperti biasa tak pernah memikirkan yang tidak baik, pasrah saja membaca satu persatu luahan hati Bang Latip tersebut. Memang pada mulanya aku membaca semuanya dengan tenang sampailah kepada beberapa catatannya yangterakhir. Benar-benar mengusik kalbuku. Mungkin itu niat asal mereka suami isteri. Walaupun sakit, tapi aku pasrahkan juga.

  • Pada catatan itu, Bang Latip merayu-rayu pada isterinya bahawa perbuatannya pada aku malam itu sekadar tindakan refleks.

Agaknya Bang Latip dah kehabisan kata-kata. Atau mungkin juga sebenarnya dia memang nak melakukan begitu tetapi disembunyikan dari isterinya. Manalah Kak Nora boleh tahu sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku.

Mungkin Kak Nora boleh berbangga dengan aku bahawa dia mempunyai naluri seorang isteri yang sangat kuat. Tapi pada aku, itu bukan naluri, yang Kak Nora lakukan. Itu adalah fitnah jiwa. Dia fikirkan yang bukan-bukan, dan aku sebagai mangsa untuk menutup kesalahan suaminya.

Wahai Bang Latip, ketahuilah dengan mengatakan perbuatanmu adalah tindakan refleks, menunjukkan bahawa aku yang menggoda kamu dan memulakan segalanya. SIALAN sekali lagi untuk kamu. Kamu tidak lupa apa yang berlaku malam itu, aku pasti.

Dan aku pasti juga Bang Latip akan mengingati seumur hidupnya apa yang dia telah lakukan padaku. Bukan apa yang dilakukan pada malam itu, tapi apa yang dilakukannya untuk memenangi semula hati isterinya. Bang Latip mengorbankan HATI aku.

Tapi, aku masih sedar siapa aku. Tak perlulah Bang Latip berusaha nak memulihkan hatiku ini. Walau nadaku sudah kembali biasa, tapi hatiku telah rabak Bang Latip carik-carikkan. Terima kasih untuk itu.

Thursday, June 18, 2009

R-Kekuatan Aku Part II

Sebelum pertemuan aku dengan Kak Nora tempoh hari, Bang Latip meminta bantuanku untuk menyelamatkan rumah tangganya. Rumah tangga yang dah terbina bertahun-tahun lamanya. Aku pasrah. Ku cuba yang terbaik. Walau pun waktu itu begitu utuh perasaanku pada Bang Latip, aku merelakan untuk diriku mendera hati.
Kata Kak Nora, Bang Latip dah membuat pengakuan dan menceritakan semua. Aku seperti ingin bertanya, Mengaku apa? Menceritakan apa? Bingung aku seketika! Terus aku didesak Kak Nora! Dan aku berasa sungguh sesak!
  • Marilah aku ceritakan apa yang terjadi pada malam ajaib itu. Bang Latip menungguku menyiapkan tugasanku menutup dan memastikan Warung Kak Milah dalam keadaan selamat pada satu malam. Kami berjalan beriringan. Sambil mataku seperti biasa merenung taburan bintang di dada langit.
  • Itu memang kebiasaanku. Kalau Bang Latip tiada pun memang aku begitu. Dah kebetulan ada orang disisiku, tambahan pula orang yang aku sayang (ketika itu aku belum tahu Bang Latip sebenarnya dah beristeri), aku suarakan pada Bang Latip betapa ku suka merenung bintang-bintang itu.
  • Kata Bang Latip, aku kesunyian. Dan dia sedia menjadi penemanku. Betapa lapangnya dadaku mendengar bicara Bang Latip waktu itu. Bang Latip memaut tanganku dan kami berpegangan tangan. Erat. Rapat. Padat.
  • Hembusan angin malam yang dingin membawa Bang Latip merapatkan wajahnya ke mukaku. Aku panik. Sebentar tadi aku khayal, tiba-tiba aku tersedar. Aku mengelak dengan lembut. Supaya tidak terluka hati Bang Latip. Dan Bang Latip tidak putus asa. Katanya haruman tubuhku menggodanya. Aku menolak lagi. Dan masih lagi lembut. Walau dalam hatiku dilanda gelora badai perasaan.
  • Dalam kegelisahan hati, aku berjaya mengelak dengan memusingkan tubuhku kekiri dan kekanan. Walau pun takut, aku amat menyayangi Bang Latip. 2 kali, dia berjaya membenamkan hidungnya di pipiku. Dan berjaya juga sekali lagi sebelum aku sampai ke rumah.
  • Memang indah perasaan itu, tapi aku sesungguhnya takut! Takut aku tak mampu nak membuang perasaan itu. Seperti sekarang ini... Oh! Bang Latip!

Kuceritakan semula kejadian itu pada Kak Nora. Tapi tidak seperti yang kuceritakan pada kamu semua. Kak Nora masih mahu aku mengaku bahawa kami telah berciuman! Permintaan apakah itu? Padaku berciuman adalah satu perlakuan yang melibatkan keinginan dan kehendak antara dua pihak. Dan pada aku berciuman menggunakan bibir!

Gila! Gila aku jadinya dengan permintaan Kak Nora! Macam mana aku nak mengaku! Aku tak buat! Dan paling menyedihkan, bila tiba saat itu, Bang Latip pula menyoal tindakanku. Kenapa aku lambat buat keputusan untuk beritahu kebenaran?

SIALAN kamu! Aku sayangkan kamu dan cuba nak membantu kamu menyelamatkan rumah tangga kamu tapi kamu langsung tak boleh nak menghormati HAK aku. Bagi aku perkara itu terlalu peribadi dan pengalaman aku yang PERTAMA dan boleh kukatakan yang TERINDAH!

Tiga kali aku menjadi tunangan orang, tapi perhubungan singkat antara aku dan Bang Latip paling memberi kesan. Aku benar-benar jatuh cinta. Hatiku benar-benar LUKA. Sampai hati Bang Latip!

Ku pujuk hati. Tak usah sayu. Alangkah indah sekiranya perasaan cinta dan kasih yang bertapak dihati ini semudah membuang sampah! Tak perlulah aku menanggung penderitaan ini. Kepada Bang Latip dengarlah bingkisan dari hatiku ini~

Terima kasih di atas segala keindahan , pesona cinta dan kehangatan yang abang berikan pada Azie. Azie terlalu sayangkan abang waktu itu dan sebenarnya waktu ini juga. Tapi Azie sudah dapat membendung keinginan dan kehendak hati Azie. Azie tahu siapa Azie. Azie sedar siapa Azie. Dan maafkan Azie diatas segala keterlanjuran kata atau andai ada tingkah Azie yang mengguris hati abang atau isteri abang. Terima kasih kerana abang telah menyayangi dan sekaligus menyakiti hati Azie yang BODOH ni...... Salam sayang buat kekasih yang tak kesampaian cintaku......

Dan akhirnya aku gagal lagi.

R-Kekuatan Aku

Biarlah hari ini aku ceritakan bagaimana isteri Bang Latip menghubungiku pada suatu hari lantas mengingatkan aku tentang betapa 'berdosa'nya aku kerana telah membuat hubungan dengan Bang Latip. Walau bagiku, hubungan kami memang tidak pernah melewati batas-batas seorang kawan apatah lagi batasan agama.
Aku tak mahu membuat sebarang pernyataan tanpa bertentang mata dengan Kak Nora. Lain jadinya sekiranya berbicara tanpa bersua muka. Jadi pertemuan ditetapkan hari dan waktunya. Dan akhirnya kami bertemu. Kak Nora sungguh mulus orangnya. Wajahnya punya satu tarikan yang pada aku jarang ada pada wanita lain.
Kasar saja nada suara Kak Nora di awal bicara kami. Dan aku merasakan seolah-olah aku tidak berperasaan. Meng'iya' pun bukan me'nidak' pun bukan. Anggukan dan senyuman kelat saja yang ada. Kak Nora berkeras nak mendengar jawapan yang dia inginkan. Aku tau tu. Walau pada awalnya dia minta aku berterus terang.
Dan pada aku apalah gunanya aku menipu. Aku tak mendapat sebarang keuntungan pun. Malah, masa aku lagi terbuang dek kerana perjumpaan ini.....
:- Maaflah, cerita ini akan kusambung kemudian.

Tuesday, June 16, 2009

Z-Cabaran Untuk Aku!

Terduduk aku mendengar bicara taukeku.
Aku diberhentikan!
Bagaimana aku nak menyuap anak dan isteriku makan?
Bingung, aku bingung!
Tidak ku salahkan Tauke kerana memberhentikan aku tapi......
Argh!!!! Aku tak punya pelajaran.
SPM sekadar SAP.
Kemahiran lain adalah aku bekerja di bengkel kereta, tapi aku tak punya sijil, gajiku terlalu kecil.
Aku terpaksa berhenti.
Ya, aku mahir bercucuk tanam, tapi mana ada tempat yang inginkan tukang kebun lagi kini? Perjalanan dari tapak projek itu terasa teramat jauh.
Aku melangkah lambat-lambat sambil memikirkan perkataan dan ayat yang sesuai untuk kuluahkan pada isteri kesayanganku nanti.
Aku pasti dia terkejut!
Maafkan abang!
Abang tak akan biarkan keluarga abang menderita.
Selagi ada kudrat, abang akan sentiasa mencuba memperbaiki kehidupan kita!
Doakan kejayaan abang wahai isteriku yang tersayang!

Saturday, June 13, 2009

R-Aku & Suami Orang


Bukan niatku sebenarnya.
Sungguh aku tidak tahu Abang Latip sudah berkeluarga.
Mujurlah perhubungan kami tidak terlalu rapat.
Jadi sedikit demi sedikit dapat kusingkirkan Bang Latip dari hatiku ini.
Bang Latip memang mengambil berat tentang aku.
Yang paling menggoncangkan imanku adalah matanya.
Bila isteri Bang Latip datang berjumpaku dengan penuh berhemah, aku dapat menerimanya, walau hakikatnya hatiku teramat menyayanginya.
Mungkin kerana dia sudah berpengalaman, jadi mudah saja hatiku ini terpaut padanya.
Aduh! Terluka hatiku ini bila membicarkan hal Bang Latip!
Sudahlah!
Aku nak melayan hatiku ini.
Jumpa Lagi!

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster