Monday, July 27, 2009

Z-Berbaloi..

  • Lama sudah kutunggu. Lama sudah kunanti. Akhirnya, Bang Seman setuju mengambil aku bekerja dibengkelnya. Buat permulaan katanya gajiku RM30 sehari. Sementara fikirku. Dan cukup banyak. Mungkin dia hendak melihat prestasiku. Tiada janji ke bintang atau ke jora. Tapi aku gembira.
  • Hari ini Sabtu, gaji pertamaku. Bang Seman memberi gaji minggu padaku. Gembira hatiku tiada walang. Dapatkah aku tunaikan permintaan Kak Long, katanya teringin benar nak makan sate ayam. Gaji pertama, biarlah aku menggembirakan insan-insan yang teramat kusayangi.
  • Untuk Fatimah isteriku pula, akan kubelikan dua helai kain batik. Lusuh benar yang ada sekarang. Tak pernah pula dia meminta. Tapi aku tahu kainnya selalu ditampal dan dijahit. Menangis aku didalam hati. Dia menjahit pada malam hari, bimbang aku ternampak lantas aku kan susah hati. Sebenarnya aku pura-pura tidur. Dan tingkahnya membuat aku berasa sayu. Hari ini, akan kupastikan kamu tersenyum!
  • Untuk tiga orang anak bujangku, akan kubelikan alat tulis idaman. Semua yang lama dah usang ketinggalan. Tercabut dan tertanggal dari cantuman. Hari ini ayah akan tunaikan!
  • KepadaMu Tuhan, aku memohon, Kau sihatkanlah tubuh badanku, agarku dapat berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk keluargaku. Berilah rahmatMu dalam setiap pekerjaanku, keampunanMu atas segala dosaku, hidayahMu atas segala kesesatanku dan keberkatanMu dalam setiap rezekiku.
  • Balik dari Pekan Hari, kulihat, dari kejauhan, isteri dan empat anakku setia menunggu. Melambai-lambai menyambut ketibaanku. Damainya hati, berbaloinya penat lelahku bila kepulanganku disambut.... SYUKUR......

Saturday, July 25, 2009

A-Tinggalkan Sedikit Benci!

Ketika aku masih di alam persekolahan, aku selalu mendengar orang lain mengungkapkan
  • "Kalau kita menyayangi seseorang, tinggalkan sedikit benci."

Begitu juga sebaliknya,

  • "Kalau kita membenci seseorang, tinggalkan sedikit sayang."


Tipikal, biasa. Pada waktu itu yang aku dapat, supaya bila kita terlalu menyintai tanpa ada sedikit benci, hati kita akan mudah hancur dengan perbuatan si dia. Dan kalau kita terlalu membenci, manalah tahu orang itu memang tertulis jodoh kita, haruskah kita membenci lagi??

Biarlah aku kisahkan kisah aku sebagai panduan untuk korang. Bukan nak suruh korang cari point nak kutuk aku, sekadar panduan.

Aku dan suami bermula sebagai pasangan yang dibenci rakan2. Sebab masing dah berpunya dan menunggu masa nak melangsungkan saja. Tapi, itulah aku katakan jodoh, bukanlah kita ni berkuasa nak menghalangnya.

Dan kehidupan bersama dengan 'orang baru' ni memang susah. Sementelah pula dia dari keluarga yang cukup asing buat aku. Adik beradik yang satu mak, satu ayah pun boleh bergaduh, ini pulak dengan 'orang'.

Then, I have been expected he is perfect. Tapi macam yang korang tau tak semua orang sempurna. Ada juga turun naik, pasang surutnya. And lately, I noticed that everyday I hate him for some of the things he did.

Not to mention what are those things, but hating is just a key for me to learn more about him. And of course I love him so much.

So, what about u? Are u dare to hate him/her?

Think about it!

Sunday, July 19, 2009

R-Cinta itu Sakit


  • Caranya jatuh cinta: jatuh tapi jangan terhuyung-huyung, konsisten tapi jangan memaksa, berbagi dan jangan bersikap tidak adil, mengerti dan cobalah untuk tidak banyak menuntut, sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu.
  • Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.
  • Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
  • Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahwa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.
  • Kalau dia tidak “worth it” sekarang, dia tidak akan pernah “worth it” setahun lagi ataupun 10 tahun lagi. Jadi, biarkan dia pergi……. :) AMIN

Wednesday, July 1, 2009

Z-Terkenang Ibu

  • Hari ini, aku terkenang arwah ibuku. Puan Salmah binti Mansor. Ibu kesayanganku dunia akhirat. Tiada galang gantinya. Tiada tolok bandingnya.
  • Ibu, terlalu menyayangiku. Sehinggakan kini, 10 tahun berlalu sejak kematiannya, aku masih lagi teringat akan belaiannya. Ibu memang begitu. Walau aku sudah berkahwin, aku tetap meletakkan kepalaku di pangkuan ibu bila berpeluang.
  • Tapi aku sorokkan dari pandangan Fatimah. Pasti dia cemburu kalau terlihat.
  • Pengalaman waktu zaman persekolahan memang sentiasa menjelma di fikiranku. Bagaimana arwah ayah melibas aku dan bagaimana ibu menitiskan air mata menyapukan minyak pada kesan-kesan libasan.
  • Bagaimana ibu mengajarku dengan pesanan-pesanan yang dulunya satu pun aku tak faham, tapi waktu itu aku anggukkan saja kepalaku.
  • Bagaimana ibu menyelimutkan aku pada waktu malam kerana dia sangkakan aku sudah tertidur.
  • Hakikatnya aku memang menantikan saat itu. Indahnya....
  • Bergetar dadaku menahan sebak mengenangkan ibu......
  • .........

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster