Wednesday, September 9, 2009

K-Poligami

Baru ku tahu. Bukan maksud poligami itu yang baru ku tahu. Tapi mengapa kebanyakan isteri menentang.
Selama aku berkahwin dengan suamiku, hari itu merupakan hari sejarah. Perbualan aku dengan Kak Azizah membuka mata aku luas-luas. Haha! Lucu pula bila diingatkan mengapa aku begitu naif?
Asalnya Kak Azizah mengadu suaminya membuat hubungan sulit dengan seorang wanita Indonesia. Mereka hampir hendak menikah tapi ditegahnya.
Katanya lagi kalau anak dara dia tak kisah. Ini janda.
~Sekadar gambar hiasan~
Aku dengan penuh naif bertanya "Kenapa Kak melarang mereka berkahwin?" Terus dijawab dengan penuh sinis, "Akak tak mahu la dik, entah dengan siapa perempuan tu dah 'campur', tiba-tiba nak 'campur' dengan suami akak pulak."
Terkedu aku mendengar perkataan campur tersebut.
Waktu aku bertanya sebelum itu, hatiku terdetik sama ada Kak Azizah ini tahu atau pun buat-buat lupa undang-undang Islam, yang nasib perempuan terbela sekiranya suami berpoligami. Bahawa poligami itu sunnah Nabi.
Selepas mendengar hujahnya aku pun terdiam. Sementelah pula kami di pejabat pernah dimomokkan dengan cerita cleaner yang berkahwin baru di Malaysia apabila suami pertamanya di Indonesia memberi "Ijin". Patutlah semakin gusar hati Kak Azizah.
Dan sejak itu aku sering terfikir, ada juga benarnya hujah Kak Azizah. Walau sebenarnya ada hikmah kenapa kita disuruh merisik, bertunang sebelum bernikah.
Semua itu supaya kita dapat berkenalan bukan sahaja dengan bakal pasangan kita, tetapi juga keluarganya. Sejarahnya, asal usulnya.
Sekian saja kali ini. Sampai jumpa lagi nanti.

K-Sambungan

Ini sambungan kisah keterjalan insan bernama suami. Aku sudah lupa aku berjanjian episod tersebut ada sambungannya. Patutnya terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena.


Kutamatkan kisah itu pada entri ini. Bimbang aku lupa lagi. Aku melihat kakak2 iparku semuanya beruntung. Abang2ku tidak pernah membuat onar sepanjang kehamilan mereka.


Tetapi mendengar cerita orang, aku tetap menjadi takut. Bimbang juga suamiku berubah hati.


  • Cerita yang paling menyesakkan dadaku adalah ketika sarat mengandung, kena pulak malam raya, suami keluar bersama rakan2 untuk bermain snuker.

  • Snuker?? Apa itu???

  • Benci aku nak menyebutnya kerana melalaikan tanggungjawab manusia.

  • Walau sebenarnya salah itu pada manusia sendiri.

  • Aku sebenarnya tahu benar apa itu snuker. Abangku yang kedua rajin membawa aku bersama suatu ketika dahulu apabila dia mengunjungi tempat sebegitu.

  • Di situ juga tempatnya mesin judi yang dipanggil 'Kuda'.

  • Di situ juga terdapat pelbagai jenis permainan yang menghabiskan wang.

  • Di situ juga terdapat perempuan2 seksi. Yang jalang dan sundal juga disitu.

  • Aku sebenarnya sesak bila ke situ. Sana sini menghidu asap beracun.

  • Tapi kata abangku biar aku tahu sendiri, dan sekurang2nya aku bersamanya dan bukan orang lain.

  • Rakanku itu mengadu lagi. Katanya hatinya benar2 sayu mendengar takbir raya. Sekali sekala anak dalam rahimnya mengeras, kesakitan badannya tak dapat nak digmbarkan.

  • Apatah lagi tanpa kehadiran suami disisi.

  • Tambahan lagi ibu dan ayah jauh di kampung.

  • Menangis hiba rakanku itu sewaktu menghubungi aku melalui talian telefon.

  • Apa yang mampu aku lakukan?

  • Malam raya takkanpula aku nak meninggalkan keluarga apatah lagi suamiku?

  • Yang mampu aku katakan, bersabarlah! Jangan menangis.

Itulah kenangan malam raya pertama aku bersama suami tersayang. Puas aku adukan dan ceritakan dengan penuh hemah agar suamiku tidak terasa bahawa cerita itu aku tujukan untuknya.


Syukur dia memahami dan selama kami menjadi suami isteri ini, setiap malam raya, dia pasti bersama.

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster