Thursday, June 18, 2009

R-Kekuatan Aku

Biarlah hari ini aku ceritakan bagaimana isteri Bang Latip menghubungiku pada suatu hari lantas mengingatkan aku tentang betapa 'berdosa'nya aku kerana telah membuat hubungan dengan Bang Latip. Walau bagiku, hubungan kami memang tidak pernah melewati batas-batas seorang kawan apatah lagi batasan agama.
Aku tak mahu membuat sebarang pernyataan tanpa bertentang mata dengan Kak Nora. Lain jadinya sekiranya berbicara tanpa bersua muka. Jadi pertemuan ditetapkan hari dan waktunya. Dan akhirnya kami bertemu. Kak Nora sungguh mulus orangnya. Wajahnya punya satu tarikan yang pada aku jarang ada pada wanita lain.
Kasar saja nada suara Kak Nora di awal bicara kami. Dan aku merasakan seolah-olah aku tidak berperasaan. Meng'iya' pun bukan me'nidak' pun bukan. Anggukan dan senyuman kelat saja yang ada. Kak Nora berkeras nak mendengar jawapan yang dia inginkan. Aku tau tu. Walau pada awalnya dia minta aku berterus terang.
Dan pada aku apalah gunanya aku menipu. Aku tak mendapat sebarang keuntungan pun. Malah, masa aku lagi terbuang dek kerana perjumpaan ini.....
:- Maaflah, cerita ini akan kusambung kemudian.

0 comments:

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster