Saturday, August 29, 2009

K-Keterjalan Lelaki Bernama Suami


Bukan suamiku. Lagi pun aku belum pernah hamil. Sebab hal ini berlaku pada kebanyakan rakan serta orang-orang yang dekat denganku. Bila ada antara mereka yang hamil, pasti berubah tingkah dan laku suami mereka. Mula-mula aku bingung. Tapi tidak lagi kini. Ramai yang membicarakan tentang perihal wanita hamil, tetapi lebih ramai lagi yang lupa tentang sikap suami bila isteri mereka hamil. Berikut adalah pandangan serta pendapatku . Kalau setuju baguslah, nak tambah apa-apa dipersilakan. Kalau tak setuju nyatakan padaku mengapa ya.


  1. Berubah tingkah - kalau sebelum ini peka pada kehendak, keinginan serta perasaan isteri, tetiba jadi PEKAK.

  2. Perangai pelik - kalau sebelum ini tak pernah pergi memancing, bila isteri hamil tiba2 nak pergi memancing.

  3. Degil - orang tua melarang dari memancing tapi masih pergi jua.

  4. Tidak matang - masih lagi mementingkan kawan2 walau isteri sedang sarat dirumah. Bayangkan jika tiba2 isteri hendak bersalin semasa ketiadaan suaminya, bagaimana?

Ada lagi tu. Tapi aku perlu berhenti di sini. Nantikan saja episod seterusnya ya.

Sunday, August 23, 2009

K-Takut & Dendam!


Oh! Bukannya apa-apa. Bukan takut pada hantu, bukan juga pada makhluk lain. Binatang, serangga atau yang merayap, juga bukan. Aku takut mendengar cerita rakan-rakan. Rakan-rakan yang menjadi mangsa kekejaman suami dan ada yang lebih malang, belum jadi suami pun sudah berani angkat tangan.
  • Ketika aku masih lagi ligat membantu kakak saudaraku berniaga selepas SPM, seorang rakanku telah berkahwin. Sementelah dia sudah bercinta sejak dari tingkatan 1 lagi. Dan kisah rakanku ini sangat menakutkan aku.
  • Pada awal perkahwinan semuanya ok dan biasa-biasa saja. Setalah dikurniai seorang anak, dan keadaan ekonomi negara mula tidak stabil, satu persatu masalah timbul. Bermula dengan suaminya diberhentikan kerja.
  • Rakanku itu tiada sumber kewangan sehingga bila anaknya sakit pun dia terpaksa membuat ubat sendiri. Sudahnya sakit anak itu bertambah parah.
  • Bila suaminya mendapat kerja (kontrak selama 6 bulan), lain pulak jadinya. Berkenalan dengan anak dara gempal di kilng.
  • Hancur luluh hati kawanku itu. Bila dia bersemuka dengan gadis tersebut, katanya suami rakanku itu yang terlebih gatal. Kalau tanya pendapatku, tepuk sebelah tangan manakan berbunyi???
  • Bila rakanku bertanya pada suaminya, bukannya jawapan, tapi kaki dan tangan yang diberikan.
  • Sehingga sampai pada satu tahap, kawanku itu berkata "Aku hanya isterinya bila dia mahu lakukan itu saja". Terpana aku mendengar kata-katanya.
  • Dan apabila ekonomi semakin pulih, kedengaran semua baik-baik sahaja. Dan anak pun tambah lagi tiga. Hehe, itu sudah bagus!

Dan yang terbaru, salah seorang rakan baikku menjadi mangsa teman lelaki sendiri. Haih! Hairan aku. Belum apa-apa lagi dah singgah kaki dan tangan. Kalau sudah sah nanti bagaimana???

  • Memang sepatutnya aku tidak menggunakan perkataan kalau, tapi aku terpaksa. Mereka berkawan bukan main-main. Keluarga masing-masing sudah tahu dan hanya menanti saaat untuk disatukan.

  • Tetapi si jantan berlagak HERO. Pada perempuan lemah tak berdaya beranilah kau nak letak tangan? Pada aku kamu berani?

  • Memang aku juga tak gagah, tapi aku takkan berdiam, kau sakitkan aku sekali, aku sakitkan kau sepuluh kali!! Itu memang aku!

  • Ya! Aku seorang pendendam! Sebab itu awal lagi ibu berpesan pada suamiku dulu, dengan aku jangan sesekali berlaku silap, pastiku kenang selagi hayat!

Sunday, August 16, 2009

K-Aku di zaman remaja

  • Nakal tapi terkawal. Itulah Kaseh Salmah.
  • Aku bebas berbuat apa sesuka hatiku. Andai terjadi sesuatu dan aku bersalah, abang-abangku akan mendapat habuan kerana tidak menjagaku dengan baik.
  • Gembira.
  • Walau dalam hati amat kasihan ada mereka.
  • Sikap aku dulu membuat aku begini sekarang.
  • Kesepian, keseorangan.
  • Aku rindu pada ibu dan abah.....

Saturday, August 15, 2009

K-Pengenalan

  • Salam perkenalan. Namaku Kaseh Salmah. Umurku 27 tahun. Unik bukan namaku? apa pendapatmu? Kata ibu, kerana aku satu-satunya anak perempuan tunggal mereka.
  • Ibu menamakan aku Salmah dan ayah yang menambahkan Kaseh itu. Katanya lambang KASEH tak terhingga dari keluarga hanya untukku. Terima kasih untuk itu.
  • Abang-abangku empat semuanya. Abah berusia 55 tahun dan ibuku 45 tahun ketika melahirkanku. Abang Madi dah berkeluarga bila aku baru dilahirkan. Mujur belum punyai anak, kalau tidak aku akan sebaya anak buahku. Hihihi...
  • Tapi memang aku manja, hingga kini. Ibu dan abah dah lama tiada, aku sebenarnya terkontang-kanting walau aku ada suami dan kerjaya yang aku idam-idamkan.
  • Suamiku sendiri tak pernah berjumpa kedua orang tuaku. Hanya gambar usang yang boleh ditatap.
  • Suamiku biasa saja. Tapi kerjanya selalu membuatnya meninggalkan aku. Aku kebosanan. Aku kerinduan. Aku tak ketahuan.
  • Cukup untuk kali ini. Akan ada lagi episod untuk aku di sini. Sampai jumpa lagi.

Tuesday, August 11, 2009

A-Doa

Aku dalam keadaan tak berapa stabil. Mungkin angkara PMS. Kali ini kucatatkan 2 doa yang berguna pada aku dan mungkin juga orang lain.
Doa Kasih Sayang /Pelembut Hati Suami/Isteri/Anak-anak
  • Surah Taha ayat 1-5 ;
  • Maksudnya : "Taha (Hai manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana."
  • Surah al-Syura ayat 19 ;
  • Maksudnya : "Allah itu lemah lembut terhadap hamba-hamba-Nya, diberikanNya rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia Maha Gagah lagi Maha Berkuasa."

Wednesday, August 5, 2009

R-Hujan



  • Mengundang seribu rahmat yang tersembunyi dari pandangan.

  • Memberi minuman pada tumbuhan serta pokok-pokok yang kehausan.

  • Menyegarkan udara membersihkan nafas kita.

  • Tapi pada aku, hujan seperti tangisan hati ini. Cukup melegakan.

  • Aku lega jika menangis. Aku lega jika hari hujan.

  • Bagaikan tersembur keluar segala yang terkambus didadaku. Habis! Bersih!

  • Cuba lihat suasana selepas hujan. Sana sini segar dan sangat menyamankan.

  • Walau singkat catatanku kali ini, tapi entah mengapa hatiku puas.

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster