Wednesday, April 29, 2009

R-Hariku yang biasa saja...

Sudah bebrapa lama tidakku catatkan kisahku. Bermakna hidupku cuma seperti biasa saja. Tidak ada apa-apa yang menarik. Sehinggalah semalam aku telah berhadapan dengan satu keluarga yang amat menyeksa mindaku.
Begini kisahnya. Pasangan suami isteri hadir ke Warung Kak Milah membawa tiga orang anak mereka yang tidak terlalu kecil. Sebenarnya aku kenal mereka ini, pernah berjiran dengan keluargaku. Kalau tak silap aku, suaminya bernama Nasir dan isterinya bernama Ramlah.
Walau pun aku kenal mereka, tetapi mereka sudah lupa tentang aku. Mungkin kerana kehadiran aku tidak pernah memberi kesan dalam hidup mereka. Tapi tidak dengan aku. Walau pun mereka cuma 3 bulan menduduki rumah sewa berdekatan dengan rumahku, tapi kebisingan terlampau telah menguatkan memoriku terhadap mereka.
Ya, anak mereka bising terlampau. Anak mereka tidak terkawal. Aku tak pasti pendekatan apa yang mereka gunakan. Yang aku pasti mereka hanya menmgiyakan tindak tanduk anak-anak mereka. Mana mungkin peribadi mulia dapat dibentuk sekiranya kaedah diguna pakai sedemikan rupa?
Tingkah anak-anak mereka di warung amat merunsingkan hatiku. Bukan kerana apa, Kak Milah tidak sihat dan mengamanahkan aku mengatur perjalanan warungnya seperti biasa. Dengan kehadiran mereka ini, sedikit sebanyak terganggu juga rentak warung Kak Milah ini....
Tidak pulak kulihat Nasir atau Ramlah (yang aku tahu jauh lebih muda berbanding aku), menegur tingkah anak-anak mereka.
Seorang mengeluarkan air minuman kotak dan tin dari peti penyejuk lalu disusunnya. Tinggi melayut! Seorang lagi memicit-micit bungkusan kerepek sehingga hancur ku lihat kerepek kiriman Tok Lang Timah. Seorang lagi yang paling merunsingkan, bermain air di sinki hingga melimpah penuh air di lantai.
Aku jadi bingung. Kenapa Nasir dan Ramlah seperti membutakan mata mereka? Atau kerana memang mereka sudah tidak mampu lagi mengawal tingkah anak-anak mereka?
Pada pendapat aku, anak, selagi masih di bawah tanggungan kita, kita masih mampu mencorak mereka. Jika lurus corak kita, luruslah mereka. Kita mendidik anak, bukan anak mengajar kita. Pandai pulak aku memberi pendapat.
Maaflah, kalau kamu semua kurang yakin dengan aku kerana status aku. Tapi, aku cuma memberikan pendapat, mengikut cara aku dibesarkan oleh orang tuaku. Tidak salahkan???

Monday, April 6, 2009

Z-Mayat di dalam stor!

Mengejutkan! Memang mengejutkan.
Yang terjumpa dengan mayat itu pula adalah aku bersama sahabatku Aliman. Mayat lelaki itu tergantung. Lidahnya terjelir panjang. Ngeri!
Terus aku melaporkan pada pengurus, dan beliau seterusnya melaporkan pada pihak polis.
Langsung kami tidak bekerja pada hari tersebut. Semuanya disoal siasat Pak Polisi.
Mengeluh aku memikirkan bahawa kami tidak mendapat gaji hari itu. Tidak bekerja maka tiada gaji.
Tidak perlu aku mengeluh. Akan ku usahakan cara lain. Akan kupastikan aku akan mendapat wang yang sepatutnya untuk hari itu. Tapi bagaimana?
Lantas aku teringatkan pesan majikan pada pagi semalamnya untuk pergi mengambil suratkhabar lama, kotak-kotak terpakai, beserta banyak lagi barangan yang boleh ku jual.
Laju saja kakiku melangkah ke arah rumah majikanku pada petang harinya. Harapanku agar barangan yang beliau sebutkan itu masih dalam keadaan baik. Mudahlah untuk aku menjual kemudian nanti.
Lega hatiku melihat majikanku ada di luar rumahnya. Betul-betul dia berdiri di bawah bangsal. Sambil melipat kanvas yang digunakan meliputi barangan terpakainya.
Tersenyum dia melihat kehadiran aku di situ. "Wa, sudah agak! Lu misti mali ini hali", katanya dalam pelat yang aku memang tak suka! Aku benci! Duduk di Malaysia sepanjang hayatnya, tapi masih tidak fasih!
Terus ku susun barangan terpakai di dalam bakul besar.
~Cerita ini bersambung kemudian yer....

Selangor Gergasi 2009

Selangor Gergasi 2009

"Magical Template" designed by Blogger Buster