Monday, November 30, 2009
Monday, October 26, 2009
R-Kerana mulut...
- Aku pernah berkawan dengan seseorang yang usianya lebih kurang sebaya ayahku. Aku tahu dia sudah berkahwin dan punya anak yang besar-besar.
- Heh! Silap susunan ayatku. Nanti kamu akan fikir anak-anaknya berbadan besar pula. Semula - dan punya anak-anak yang sudah dewasa.
- Aku seperti orang biasa. Bila kita berkawan itu bukanlah bermaksud apa-apa. Dan perhubungan kami setakat di warung Kak Milah saja. Tidak lebih dari itu.
- Bila bersembang apa-apa, sentiasa aku bertanyakan keluarganya. Agar dia tahu aku tidak pernah terlintas mahu menggugat kebahagiaannya.
- Pada suatu hari sedang kami berbual, laju saja mulut aku melafazkan yang aku senang berkawan dengan orang yang berusia kerana mereka lebih matang dan punyai idea bernas.
- Tambahan pula wajah dia iras seorang pakcik sebelah ibu. Berubah terus air mukanya.
- Terus dia bertanya adakah selama ini aku menggangap dia seperti seorang pakcik.
- Aku terkejut, tetapi sengaja aku menahan riak muka supaya tak berubah dan menjawab dengan selamba. "Kalau Azie anggap awak macam pakcik Azie, pasti dah lama awak Azie panggil pakcik! Azie anggap awak sebagai kawan Azie, percayalah!"
- Selepas kejadian itu aku sedar bahawa dia sudah mula mengharapkan sesuatu.
- Sebetulnya ucapanku itu tepat, tetapi dia orang berusia, pasti lebih sensitif hatinya.
- Kerana mulutku, punah hubungan kami.
- Tiada lagi kuterima kehadirannya dikala senggang.
- Aku suka mendegar ceritanya. Aku suka bertanya pendapatnya. Aku suka ideanya. Hai keranalah muluuuuutttttt.....
Posted by Aidafidah at 11:45 PM
A-Rindu...
- Lama rasanya aku tidak menulis.
- Bukan kerana aku tidak ada idea.
- Tapi aku sibuk.
- Seperti malam ini, aku sangat banyak kerja.
- Semuanya tak dapat ku laksana.
- Aku sedang cuba dan pasti akan berjaya sekiranya aku bersungguh-sungguh.
- Doakan aku ya!
Posted by Aidafidah at 11:40 PM
Wednesday, September 9, 2009
K-Poligami

Posted by Aidafidah at 9:31 PM
K-Sambungan
- Cerita yang paling menyesakkan dadaku adalah ketika sarat mengandung, kena pulak malam raya, suami keluar bersama rakan2 untuk bermain snuker.
- Snuker?? Apa itu???
- Benci aku nak menyebutnya kerana melalaikan tanggungjawab manusia.
- Walau sebenarnya salah itu pada manusia sendiri.
- Aku sebenarnya tahu benar apa itu snuker. Abangku yang kedua rajin membawa aku bersama suatu ketika dahulu apabila dia mengunjungi tempat sebegitu.
- Di situ juga tempatnya mesin judi yang dipanggil 'Kuda'.
- Di situ juga terdapat pelbagai jenis permainan yang menghabiskan wang.
- Di situ juga terdapat perempuan2 seksi. Yang jalang dan sundal juga disitu.
- Aku sebenarnya sesak bila ke situ. Sana sini menghidu asap beracun.
- Tapi kata abangku biar aku tahu sendiri, dan sekurang2nya aku bersamanya dan bukan orang lain.
- Rakanku itu mengadu lagi. Katanya hatinya benar2 sayu mendengar takbir raya. Sekali sekala anak dalam rahimnya mengeras, kesakitan badannya tak dapat nak digmbarkan.
- Apatah lagi tanpa kehadiran suami disisi.
- Tambahan lagi ibu dan ayah jauh di kampung.
- Menangis hiba rakanku itu sewaktu menghubungi aku melalui talian telefon.
- Apa yang mampu aku lakukan?
- Malam raya takkanpula aku nak meninggalkan keluarga apatah lagi suamiku?
- Yang mampu aku katakan, bersabarlah! Jangan menangis.
Itulah kenangan malam raya pertama aku bersama suami tersayang. Puas aku adukan dan ceritakan dengan penuh hemah agar suamiku tidak terasa bahawa cerita itu aku tujukan untuknya.
Syukur dia memahami dan selama kami menjadi suami isteri ini, setiap malam raya, dia pasti bersama.
Posted by Aidafidah at 9:01 PM
Saturday, August 29, 2009
K-Keterjalan Lelaki Bernama Suami
- Berubah tingkah - kalau sebelum ini peka pada kehendak, keinginan serta perasaan isteri, tetiba jadi PEKAK.
- Perangai pelik - kalau sebelum ini tak pernah pergi memancing, bila isteri hamil tiba2 nak pergi memancing.
- Degil - orang tua melarang dari memancing tapi masih pergi jua.
- Tidak matang - masih lagi mementingkan kawan2 walau isteri sedang sarat dirumah. Bayangkan jika tiba2 isteri hendak bersalin semasa ketiadaan suaminya, bagaimana?
Ada lagi tu. Tapi aku perlu berhenti di sini. Nantikan saja episod seterusnya ya.
Posted by Aidafidah at 8:05 AM
Sunday, August 23, 2009
K-Takut & Dendam!
- Ketika aku masih lagi ligat membantu kakak saudaraku berniaga selepas SPM, seorang rakanku telah berkahwin. Sementelah dia sudah bercinta sejak dari tingkatan 1 lagi. Dan kisah rakanku ini sangat menakutkan aku.
- Pada awal perkahwinan semuanya ok dan biasa-biasa saja. Setalah dikurniai seorang anak, dan keadaan ekonomi negara mula tidak stabil, satu persatu masalah timbul. Bermula dengan suaminya diberhentikan kerja.
- Rakanku itu tiada sumber kewangan sehingga bila anaknya sakit pun dia terpaksa membuat ubat sendiri. Sudahnya sakit anak itu bertambah parah.
- Bila suaminya mendapat kerja (kontrak selama 6 bulan), lain pulak jadinya. Berkenalan dengan anak dara gempal di kilng.
- Hancur luluh hati kawanku itu. Bila dia bersemuka dengan gadis tersebut, katanya suami rakanku itu yang terlebih gatal. Kalau tanya pendapatku, tepuk sebelah tangan manakan berbunyi???
- Bila rakanku bertanya pada suaminya, bukannya jawapan, tapi kaki dan tangan yang diberikan.
- Sehingga sampai pada satu tahap, kawanku itu berkata "Aku hanya isterinya bila dia mahu lakukan itu saja". Terpana aku mendengar kata-katanya.
- Dan apabila ekonomi semakin pulih, kedengaran semua baik-baik sahaja. Dan anak pun tambah lagi tiga. Hehe, itu sudah bagus!

Dan yang terbaru, salah seorang rakan baikku menjadi mangsa teman lelaki sendiri. Haih! Hairan aku. Belum apa-apa lagi dah singgah kaki dan tangan. Kalau sudah sah nanti bagaimana???
- Memang sepatutnya aku tidak menggunakan perkataan kalau, tapi aku terpaksa. Mereka berkawan bukan main-main. Keluarga masing-masing sudah tahu dan hanya menanti saaat untuk disatukan.
- Tetapi si jantan berlagak HERO. Pada perempuan lemah tak berdaya beranilah kau nak letak tangan? Pada aku kamu berani?
- Memang aku juga tak gagah, tapi aku takkan berdiam, kau sakitkan aku sekali, aku sakitkan kau sepuluh kali!! Itu memang aku!
- Ya! Aku seorang pendendam! Sebab itu awal lagi ibu berpesan pada suamiku dulu, dengan aku jangan sesekali berlaku silap, pastiku kenang selagi hayat!
Posted by Aidafidah at 4:13 AM
Sunday, August 16, 2009
K-Aku di zaman remaja
- Nakal tapi terkawal. Itulah Kaseh Salmah.
- Aku bebas berbuat apa sesuka hatiku. Andai terjadi sesuatu dan aku bersalah, abang-abangku akan mendapat habuan kerana tidak menjagaku dengan baik.
- Gembira.
- Walau dalam hati amat kasihan ada mereka.
- Sikap aku dulu membuat aku begini sekarang.
- Kesepian, keseorangan.
- Aku rindu pada ibu dan abah.....
Posted by Aidafidah at 6:44 PM
Saturday, August 15, 2009
K-Pengenalan
- Salam perkenalan. Namaku Kaseh Salmah. Umurku 27 tahun. Unik bukan namaku? apa pendapatmu? Kata ibu, kerana aku satu-satunya anak perempuan tunggal mereka.
- Ibu menamakan aku Salmah dan ayah yang menambahkan Kaseh itu. Katanya lambang KASEH tak terhingga dari keluarga hanya untukku. Terima kasih untuk itu.
- Abang-abangku empat semuanya. Abah berusia 55 tahun dan ibuku 45 tahun ketika melahirkanku. Abang Madi dah berkeluarga bila aku baru dilahirkan. Mujur belum punyai anak, kalau tidak aku akan sebaya anak buahku. Hihihi...
- Tapi memang aku manja, hingga kini. Ibu dan abah dah lama tiada, aku sebenarnya terkontang-kanting walau aku ada suami dan kerjaya yang aku idam-idamkan.
- Suamiku sendiri tak pernah berjumpa kedua orang tuaku. Hanya gambar usang yang boleh ditatap.
- Suamiku biasa saja. Tapi kerjanya selalu membuatnya meninggalkan aku. Aku kebosanan. Aku kerinduan. Aku tak ketahuan.
- Cukup untuk kali ini. Akan ada lagi episod untuk aku di sini. Sampai jumpa lagi.
Posted by Aidafidah at 4:08 PM
Tuesday, August 11, 2009
A-Doa
- Surah Taha ayat 1-5 ;
- Maksudnya : "Taha (Hai manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Wahyu yang diutuskan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas singgahsana."
- Surah al-Syura ayat 19 ;
- Maksudnya : "Allah itu lemah lembut terhadap hamba-hamba-Nya, diberikanNya rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Dia Maha Gagah lagi Maha Berkuasa."
Posted by Aidafidah at 10:02 PM
Wednesday, August 5, 2009
R-Hujan
- Mengundang seribu rahmat yang tersembunyi dari pandangan.
- Memberi minuman pada tumbuhan serta pokok-pokok yang kehausan.
- Menyegarkan udara membersihkan nafas kita.
- Tapi pada aku, hujan seperti tangisan hati ini. Cukup melegakan.
- Aku lega jika menangis. Aku lega jika hari hujan.
- Bagaikan tersembur keluar segala yang terkambus didadaku. Habis! Bersih!
- Cuba lihat suasana selepas hujan. Sana sini segar dan sangat menyamankan.
- Walau singkat catatanku kali ini, tapi entah mengapa hatiku puas.
Posted by Aidafidah at 12:08 PM
Monday, July 27, 2009
Z-Berbaloi..
- Lama sudah kutunggu. Lama sudah kunanti. Akhirnya, Bang Seman setuju mengambil aku bekerja dibengkelnya. Buat permulaan katanya gajiku RM30 sehari. Sementara fikirku. Dan cukup banyak. Mungkin dia hendak melihat prestasiku. Tiada janji ke bintang atau ke jora. Tapi aku gembira.
- Hari ini Sabtu, gaji pertamaku. Bang Seman memberi gaji minggu padaku. Gembira hatiku tiada walang. Dapatkah aku tunaikan permintaan Kak Long, katanya teringin benar nak makan sate ayam. Gaji pertama, biarlah aku menggembirakan insan-insan yang teramat kusayangi.
- Untuk Fatimah isteriku pula, akan kubelikan dua helai kain batik. Lusuh benar yang ada sekarang. Tak pernah pula dia meminta. Tapi aku tahu kainnya selalu ditampal dan dijahit. Menangis aku didalam hati. Dia menjahit pada malam hari, bimbang aku ternampak lantas aku kan susah hati. Sebenarnya aku pura-pura tidur. Dan tingkahnya membuat aku berasa sayu. Hari ini, akan kupastikan kamu tersenyum!
- Untuk tiga orang anak bujangku, akan kubelikan alat tulis idaman. Semua yang lama dah usang ketinggalan. Tercabut dan tertanggal dari cantuman. Hari ini ayah akan tunaikan!
- KepadaMu Tuhan, aku memohon, Kau sihatkanlah tubuh badanku, agarku dapat berusaha untuk mencari sesuap nasi untuk keluargaku. Berilah rahmatMu dalam setiap pekerjaanku, keampunanMu atas segala dosaku, hidayahMu atas segala kesesatanku dan keberkatanMu dalam setiap rezekiku.
- Balik dari Pekan Hari, kulihat, dari kejauhan, isteri dan empat anakku setia menunggu. Melambai-lambai menyambut ketibaanku. Damainya hati, berbaloinya penat lelahku bila kepulanganku disambut.... SYUKUR......
Posted by Aidafidah at 11:09 PM
Saturday, July 25, 2009
A-Tinggalkan Sedikit Benci!
- "Kalau kita menyayangi seseorang, tinggalkan sedikit benci."
Begitu juga sebaliknya,
- "Kalau kita membenci seseorang, tinggalkan sedikit sayang."

Tipikal, biasa. Pada waktu itu yang aku dapat, supaya bila kita terlalu menyintai tanpa ada sedikit benci, hati kita akan mudah hancur dengan perbuatan si dia. Dan kalau kita terlalu membenci, manalah tahu orang itu memang tertulis jodoh kita, haruskah kita membenci lagi??
Biarlah aku kisahkan kisah aku sebagai panduan untuk korang. Bukan nak suruh korang cari point nak kutuk aku, sekadar panduan.
Aku dan suami bermula sebagai pasangan yang dibenci rakan2. Sebab masing dah berpunya dan menunggu masa nak melangsungkan saja. Tapi, itulah aku katakan jodoh, bukanlah kita ni berkuasa nak menghalangnya.
Dan kehidupan bersama dengan 'orang baru' ni memang susah. Sementelah pula dia dari keluarga yang cukup asing buat aku. Adik beradik yang satu mak, satu ayah pun boleh bergaduh, ini pulak dengan 'orang'.
Then, I have been expected he is perfect. Tapi macam yang korang tau tak semua orang sempurna. Ada juga turun naik, pasang surutnya. And lately, I noticed that everyday I hate him for some of the things he did.
Not to mention what are those things, but hating is just a key for me to learn more about him. And of course I love him so much.
So, what about u? Are u dare to hate him/her?
Think about it!
Posted by Aidafidah at 4:03 PM
Sunday, July 19, 2009
R-Cinta itu Sakit
- Caranya jatuh cinta: jatuh tapi jangan terhuyung-huyung, konsisten tapi jangan memaksa, berbagi dan jangan bersikap tidak adil, mengerti dan cobalah untuk tidak banyak menuntut, sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu.
- Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu.
- Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
- Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahwa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.
- Kalau dia tidak “worth it” sekarang, dia tidak akan pernah “worth it” setahun lagi ataupun 10 tahun lagi. Jadi, biarkan dia pergi……. :) AMIN
Posted by Aidafidah at 8:59 PM
Wednesday, July 1, 2009
Z-Terkenang Ibu
- Hari ini, aku terkenang arwah ibuku. Puan Salmah binti Mansor. Ibu kesayanganku dunia akhirat. Tiada galang gantinya. Tiada tolok bandingnya.
- Ibu, terlalu menyayangiku. Sehinggakan kini, 10 tahun berlalu sejak kematiannya, aku masih lagi teringat akan belaiannya. Ibu memang begitu. Walau aku sudah berkahwin, aku tetap meletakkan kepalaku di pangkuan ibu bila berpeluang.
- Tapi aku sorokkan dari pandangan Fatimah. Pasti dia cemburu kalau terlihat.
- Pengalaman waktu zaman persekolahan memang sentiasa menjelma di fikiranku. Bagaimana arwah ayah melibas aku dan bagaimana ibu menitiskan air mata menyapukan minyak pada kesan-kesan libasan.
- Bagaimana ibu mengajarku dengan pesanan-pesanan yang dulunya satu pun aku tak faham, tapi waktu itu aku anggukkan saja kepalaku.
- Bagaimana ibu menyelimutkan aku pada waktu malam kerana dia sangkakan aku sudah tertidur.
- Hakikatnya aku memang menantikan saat itu. Indahnya....
- Bergetar dadaku menahan sebak mengenangkan ibu......
- .........
Posted by Aidafidah at 1:00 PM
Friday, June 19, 2009
R-Alasan Bodoh
Aku hentikan kisah Bang Latip pada catatan ini. Jemu dan jelak juga rasanya. Biarlah aku tutup rapat-rapat supaya tidak terkeluar lagi bau-bau yang kurang enak.
Sewaktu pertemuan dengan Kak Nora tempoh hari, dia ada menunjukkan aku catatan-catatan Bang Latip yang ditujukan khas untuknya. Katanya untuk membuat aku lebih faham tentang situasi dan supaya aku tak marahkan Bang Latip.
Aku seperti biasa tak pernah memikirkan yang tidak baik, pasrah saja membaca satu persatu luahan hati Bang Latip tersebut. Memang pada mulanya aku membaca semuanya dengan tenang sampailah kepada beberapa catatannya yangterakhir. Benar-benar mengusik kalbuku. Mungkin itu niat asal mereka suami isteri. Walaupun sakit, tapi aku pasrahkan juga.
- Pada catatan itu, Bang Latip merayu-rayu pada isterinya bahawa perbuatannya pada aku malam itu sekadar tindakan refleks.
Agaknya Bang Latip dah kehabisan kata-kata. Atau mungkin juga sebenarnya dia memang nak melakukan begitu tetapi disembunyikan dari isterinya. Manalah Kak Nora boleh tahu sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku.
Mungkin Kak Nora boleh berbangga dengan aku bahawa dia mempunyai naluri seorang isteri yang sangat kuat. Tapi pada aku, itu bukan naluri, yang Kak Nora lakukan. Itu adalah fitnah jiwa. Dia fikirkan yang bukan-bukan, dan aku sebagai mangsa untuk menutup kesalahan suaminya.
Wahai Bang Latip, ketahuilah dengan mengatakan perbuatanmu adalah tindakan refleks, menunjukkan bahawa aku yang menggoda kamu dan memulakan segalanya. SIALAN sekali lagi untuk kamu. Kamu tidak lupa apa yang berlaku malam itu, aku pasti.
Dan aku pasti juga Bang Latip akan mengingati seumur hidupnya apa yang dia telah lakukan padaku. Bukan apa yang dilakukan pada malam itu, tapi apa yang dilakukannya untuk memenangi semula hati isterinya. Bang Latip mengorbankan HATI aku.
Tapi, aku masih sedar siapa aku. Tak perlulah Bang Latip berusaha nak memulihkan hatiku ini. Walau nadaku sudah kembali biasa, tapi hatiku telah rabak Bang Latip carik-carikkan. Terima kasih untuk itu.
Posted by Aidafidah at 5:56 PM
Thursday, June 18, 2009
R-Kekuatan Aku Part II
- Marilah aku ceritakan apa yang terjadi pada malam ajaib itu. Bang Latip menungguku menyiapkan tugasanku menutup dan memastikan Warung Kak Milah dalam keadaan selamat pada satu malam. Kami berjalan beriringan. Sambil mataku seperti biasa merenung taburan bintang di dada langit.
- Itu memang kebiasaanku. Kalau Bang Latip tiada pun memang aku begitu. Dah kebetulan ada orang disisiku, tambahan pula orang yang aku sayang (ketika itu aku belum tahu Bang Latip sebenarnya dah beristeri), aku suarakan pada Bang Latip betapa ku suka merenung bintang-bintang itu.
- Kata Bang Latip, aku kesunyian. Dan dia sedia menjadi penemanku. Betapa lapangnya dadaku mendengar bicara Bang Latip waktu itu. Bang Latip memaut tanganku dan kami berpegangan tangan. Erat. Rapat. Padat.
- Hembusan angin malam yang dingin membawa Bang Latip merapatkan wajahnya ke mukaku. Aku panik. Sebentar tadi aku khayal, tiba-tiba aku tersedar. Aku mengelak dengan lembut. Supaya tidak terluka hati Bang Latip. Dan Bang Latip tidak putus asa. Katanya haruman tubuhku menggodanya. Aku menolak lagi. Dan masih lagi lembut. Walau dalam hatiku dilanda gelora badai perasaan.
- Dalam kegelisahan hati, aku berjaya mengelak dengan memusingkan tubuhku kekiri dan kekanan. Walau pun takut, aku amat menyayangi Bang Latip. 2 kali, dia berjaya membenamkan hidungnya di pipiku. Dan berjaya juga sekali lagi sebelum aku sampai ke rumah.
- Memang indah perasaan itu, tapi aku sesungguhnya takut! Takut aku tak mampu nak membuang perasaan itu. Seperti sekarang ini... Oh! Bang Latip!
Kuceritakan semula kejadian itu pada Kak Nora. Tapi tidak seperti yang kuceritakan pada kamu semua. Kak Nora masih mahu aku mengaku bahawa kami telah berciuman! Permintaan apakah itu? Padaku berciuman adalah satu perlakuan yang melibatkan keinginan dan kehendak antara dua pihak. Dan pada aku berciuman menggunakan bibir!
Gila! Gila aku jadinya dengan permintaan Kak Nora! Macam mana aku nak mengaku! Aku tak buat! Dan paling menyedihkan, bila tiba saat itu, Bang Latip pula menyoal tindakanku. Kenapa aku lambat buat keputusan untuk beritahu kebenaran?
SIALAN kamu! Aku sayangkan kamu dan cuba nak membantu kamu menyelamatkan rumah tangga kamu tapi kamu langsung tak boleh nak menghormati HAK aku. Bagi aku perkara itu terlalu peribadi dan pengalaman aku yang PERTAMA dan boleh kukatakan yang TERINDAH!
Tiga kali aku menjadi tunangan orang, tapi perhubungan singkat antara aku dan Bang Latip paling memberi kesan. Aku benar-benar jatuh cinta. Hatiku benar-benar LUKA. Sampai hati Bang Latip!
Ku pujuk hati. Tak usah sayu. Alangkah indah sekiranya perasaan cinta dan kasih yang bertapak dihati ini semudah membuang sampah! Tak perlulah aku menanggung penderitaan ini. Kepada Bang Latip dengarlah bingkisan dari hatiku ini~
Terima kasih di atas segala keindahan , pesona cinta dan kehangatan yang abang berikan pada Azie. Azie terlalu sayangkan abang waktu itu dan sebenarnya waktu ini juga. Tapi Azie sudah dapat membendung keinginan dan kehendak hati Azie. Azie tahu siapa Azie. Azie sedar siapa Azie. Dan maafkan Azie diatas segala keterlanjuran kata atau andai ada tingkah Azie yang mengguris hati abang atau isteri abang. Terima kasih kerana abang telah menyayangi dan sekaligus menyakiti hati Azie yang BODOH ni...... Salam sayang buat kekasih yang tak kesampaian cintaku......
Dan akhirnya aku gagal lagi.
Posted by Aidafidah at 5:15 PM
R-Kekuatan Aku
Posted by Aidafidah at 8:26 AM
Tuesday, June 16, 2009
Z-Cabaran Untuk Aku!
Posted by Aidafidah at 1:09 PM
Saturday, June 13, 2009
R-Aku & Suami Orang
Posted by Aidafidah at 8:05 PM
Friday, May 15, 2009
Wednesday, April 29, 2009
R-Hariku yang biasa saja...
Posted by Aidafidah at 5:17 AM
Monday, April 6, 2009
Z-Mayat di dalam stor!
Mengejutkan! Memang mengejutkan.
Yang terjumpa dengan mayat itu pula adalah aku bersama sahabatku Aliman. Mayat lelaki itu tergantung. Lidahnya terjelir panjang. Ngeri!
Terus aku melaporkan pada pengurus, dan beliau seterusnya melaporkan pada pihak polis.
Langsung kami tidak bekerja pada hari tersebut. Semuanya disoal siasat Pak Polisi.
Mengeluh aku memikirkan bahawa kami tidak mendapat gaji hari itu. Tidak bekerja maka tiada gaji.
Tidak perlu aku mengeluh. Akan ku usahakan cara lain. Akan kupastikan aku akan mendapat wang yang sepatutnya untuk hari itu. Tapi bagaimana?
Lantas aku teringatkan pesan majikan pada pagi semalamnya untuk pergi mengambil suratkhabar lama, kotak-kotak terpakai, beserta banyak lagi barangan yang boleh ku jual.
Laju saja kakiku melangkah ke arah rumah majikanku pada petang harinya. Harapanku agar barangan yang beliau sebutkan itu masih dalam keadaan baik. Mudahlah untuk aku menjual kemudian nanti.
Lega hatiku melihat majikanku ada di luar rumahnya. Betul-betul dia berdiri di bawah bangsal. Sambil melipat kanvas yang digunakan meliputi barangan terpakainya.
Tersenyum dia melihat kehadiran aku di situ. "Wa, sudah agak! Lu misti mali ini hali", katanya dalam pelat yang aku memang tak suka! Aku benci! Duduk di Malaysia sepanjang hayatnya, tapi masih tidak fasih!
Terus ku susun barangan terpakai di dalam bakul besar.
~Cerita ini bersambung kemudian yer....
Posted by Aidafidah at 1:57 PM
Sunday, March 29, 2009
R-Salahkan Tuhan!
Posted by Aidafidah at 3:32 AM
Friday, March 20, 2009
Z-Anakku Sakit!
Posted by Aidafidah at 6:46 PM
Z-Induksi ~ Zainal
Posted by Aidafidah at 7:39 AM
R-Hari Yang Celaka!
Posted by Aidafidah at 7:12 AM
R-Status
Mungkin sekali pandang, kamu akan mengatakan aku yang terlalu memilih. Hakikatnya jodoh aku yang belum sampai.
Aku belum bertemu jodoh! Atau mungkin juga jodohku sudah mati! Aku pasti kamu akan memarahi aku mengatakan begitu.
Benar, aku pernah bertanya pada orang yang lebih arif tentang hidup ini. Mengapa jodohku belum sampai? Lebih kurang begitulah katanya.
Tambahnya lagi, kalau aku tunggu seumur hidup pun, aku takkan mendapat jodoh lain kalau jodoh aku mati dahulu sebelum bertemu aku.
Aku pasrah! Mujur orang tuaku lebih mengerti. Tak pernah mereka memaksa dan bertanya soalan menyakitkan hati.
Apa saja keputusanku, mereka akur menerima. Terima kasih ibu, terima kasih ayahku.
Satu lagi status yang ku fikir akan diingati oleh ramai orang, bahawasanya aku sudah 3 kali bertunang. Tapi ketiga-tiga tunanganku menjadi suami orang lain. Mungkin silap aku yang tak pandai menyemai benih-benih cinta.
Bila di ajak keluar, aku menolak. Mungkin mereka tidak mengenali aku sepenuhnya. Atau merasakan bahawa aku tidak sesuai dengan mereka.
Apa-apa sajalah.
Malas hendak kufikirkan.
Yang pasti aku bahagia kini dengan jalan yang ku pilih. Mungkin juga ini jalan yang Tuhan aturkan untukku. Sekali lagi inginku beritahu, aku pasrah menerima seadanya.
Sebab itu dalam kes ibu yang sarat hamil itu, aku tidak berani mengomel yang bukan-bukan. Aku belum berpengalaman. Aku belum melalui saat itu. Aku tidak tahu.
Nah! Sekarang kamu sudah tahu siapa aku.
Masih sudikah membaca cerita-ceritaku?
Posted by Aidafidah at 1:52 AM
Thursday, March 19, 2009
R-Perihal Radziah (Prolog)
Posted by Aidafidah at 8:44 AM
A-Langit Memujuk
Sukakah kau pada langit?
Sukakah aku pada langit?
Ya! Aku suka!
Langit itu membiru
Biru itu menenangkan
Biru itu mendamaikan
Aku suka pada langit
Langit itu memujukku
Langit itu mendorongku
Menghapus luka
Memagar lara
Dari terus bertakhta
Di lubuk hatiku
Aku suka pada langit!
Aku suka pada langit!
Posted by Aidafidah at 1:50 AM
R-Pengajaran Hari Semalam
Posted by Aidafidah at 1:20 AM
Wednesday, March 18, 2009
R-Memilih @ Terpilih?
Aku amat pasti aku akan mendapat pengalaman baru lagi hari ini. Sama seperti semalam, aku mendapat sesuatu! Pengajaran paling berguna, paling tidak pun untukku.
Jam 7.00 pagi tugasanku bermula. Macam biasa juga. Tiada yang istimewa.
Jam 9.00 pagi Kak Milah memanggilku. Memperkenalkan seorang pekerja baru. Tak berapa cantik tapi tetap sedap mata memandang. Tapi kurang gemuk dari aku. Tak berapa cerah berbanding aku. Namanya semanis orangnya, Mas.
Tiba-tiba benakku terlintas kekasih Waris~Kekasihku Seru. Argh! Tempelak akalku. Kadangkala hatiku memang terlalu.
Mas datang dari berselang 3 kampung dari sarangku. Sarangku pula hanya 10 minit jika aku berlenggang kangkung. Sebab itu dia lambat kata Kak Milah. Aku hanya tersenyum kelu. Kak Milah pulang menghantar bekalan untuk anaknya.
Sejurus itu, mataku terbuka. Pelanggan datang bertalu-talu. Membuat aku terlupa waktu. Terlupa juga Mas pekerja baru. Ku andaikan Mas cekap segala. Ya, dia memang cekap. Membaling pinggan mangkuk ke dalam besen.
Terkejut aku mendengar bunyi hentaman. Mengapa dia berkelakuan begitu? Penatkah dia melayan kehendak pelanggan? Adakah pelanggan telah tersalah laku terhadapnya? Haruskah aku bertanya? Haruskah?
Dia bukan budak kecil yang perlu diberi panduan. Dia sudah cukup dewasa untuk menilai tindakan. Kubiarkan saja tingkahnya.
Kak Milah kembali bila kami tamat tugasan jam 5.00 petang. Ku temani Mas menanti bas mini. "Aduh penat!" keluhnya. Tanpa aku bertanya lancar saja dia bercerita. Katanya hari ini hari pertama dan terakhir dia bekerja. Sudahlah jauh perjalanan, kerenah pelanggan juga tak mampu nak dihadapnya lagi. Sudah banyak tempat dia cuba bekerja, tapi semuanya tak sesuai dengan jiwa tambahnya terus.
Aku diam saja. Mengangguk tidak, menggeleng pun bukan.
Bila bas yang ditunggu sampai lantas dia melambai sambil mengucapkan selamat tinggal. Aku tersenyum kelat!
Oh manusia! Mengapa kamu terlampau memilih waima kamu tahu pekerjaan itu mampu memberi rezeki yang halal dan diberkati? Adakah kamu rasa kamu itu insan terpilih? Dan jika benar kamu insan terpilih, pastinya kamu tidak akan memilih!
Posted by Aidafidah at 11:51 PM
A-Pengenalan
Posted by Aidafidah at 11:16 PM
Selangor Gergasi 2009
